"Ustazah, pen saya dah abis dakwat"
Farhan mengomel
" gune jer air liur"
Sgt bersahaja jawapan ku
Belum sampai 10 minit
" ustazah pen saya hilang"
Nafiz pula mengomel kali ni...
"Meh ambik pen saya"
Pantas aku menjawab..
Serentak pada waktu itu, farhan juga menjawab
" gune air li...."
Tapi ayat terhenti ... Apabila mendengar ustazah memberi respond yang berbeza...
Aku tersenyum memandang farhan...
Farhan mmg begitu..
Sgt suke diberi perhatian
Makanya aku sudah lali...
Tapi farhan tetap tidak putus asa
So farhan buat perangai sungguh sepanjang pdp pada hari ni...
Ada sahaja yang tidak kene
Ada sahaja yang diganggu...
" farhan kamu kecik hati ye? Nadfiz, paskan pen yang ustzh bagi tadi pada farhan"
Nafidz yang mmg patuh arahan .. Terus berbuat spt yang diarahkan...
Seperti yang dijangka...
Farhan ambil pen tu.. Setelah beberaa seketika barulah farhan memulangkan pen tersebut kpd Nadfiz....
Dan selepas itu mood farhan agak tenang...
Hinggalah habis pdp
" farhan, meh sini...ustazah nak tgk pencilbox..
Kan banyak pen dlm ni farhan.. Ade almost 20 ni"
" aah ( sambil tersenyum) tapi semua tu dakwat nak abis dah... "
" ok , tunjuk kat ustazah mane satu pen yang abis dakwat tadi "
Sambil senyum... Farhan keluarkan sebatang pen pilot biru.. Dakwat basah...
Sebetulnya, aku sendiri tidak memilik pen yang agak mahal itu ...
Mmg betul dakwat pen itu dah abis...
" awk nak pen ke ? "
Aku bertanya pada farhan..
" xpe ustazah"
Jawabnya ringkas sambil tersenyum...
Nampak agak sedikit lega pada raut wajahnya... Mungkin kerana die tahu, gurunya sedang mengambil tahu tentang dirinya ..
Kenapa ye aku bercerita disini
Sbb bagi aku, pengalaman menjadi guru sgt menarik untuk aku potretkan
Kelak aku tidak lupa
Kelak mampu menjadi pedoman pada bakal guru, pada guru yang masih tercari-cari ataupun pada sesiapa sahaja yang ingin tahu dunia guru...
Tersangat rugi bagi aku jika kisah ini tidak dapat aku potretkan...
Cerita aku bersama anak didik sgt sangat mendewasakan aku dan menjadi aku manusia yang lebih bermakna...
Kisah sebatang pen ini bukanlah bertujuan utk memburukkan anak muridnaku sendiri..
Namun cukupla sekadar untuk berkongsi telatah manja anak murid yang dahagakan perhatian & kasih sayang...
Kadang2 hanya dengan eleman kemanusiaan beginilah tanpa menggunakan teori saintifik yang lebih deep & detail mampu menyuburkan jiwa anak muda yang masih rapuh...