Monday, September 28, 2009

Melawan Kepedihan

aku kah yang bersalah
andai aku yang bersalah
maafkan aku
aku jua insan pelupa

andai nya kau yang bersalah
telah lama aku ampuni
biar berkali
kau bersalah
ttp ku ampuni

kerana Allah Maha Pengampun
namun maafkan aku
kali ini kepedihan semakin mendalam
biarkan aku berlalu
biarkan aku merawat lukaku sendiri

maafkan aku
kiranya fikrah ini salah
aku hanya mampu mengelak
daripada terus saling menyakiti
dan terus berdosa
biarkan aku begini

mengambil ruang bersendiri
bertafakur monolog diri
supaya diri mampu kembali
dgn diri
yang tulen dan jati

aku berdoa kepada Allah
ampuni segala keterlajuran kata
yang sering disalah erti
apatah salah laku
yang menyakitkan hati
empunya diri

Munajatku
Ya Allah perbaikilah akhlak ku
maniskan perkataan ku
dan ikhlaskan hatiku
serta permudahkan urusan ku
amin ya Rabball Alamin

terima kasih
sahabat cerminanku
menyelusup ketubuhku
menyentuh stp sudut tubuhku
agar tampak kecacatan ku

teruskanlah
kerana itulah
sahabat sejatiku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!