Saturday, February 13, 2016

Kau asal dari mana?



Ade customer pernah tanye mcmni
Product usa ni sesuai ke dgn org asia... Cuaca dieorg len dgn kita..org asia kulit oily sbb panas.. Mat saleh kan sejuk.. Kulit dieorg x oily sgt mcm kite... 

Betulke begitu?

Mmg betul, oily boleh disebabkan cuaca...
Tp bnyk lagi faktor lain cthnya, gen & pemakanan... 
Contohnye.. Baru2 ni suhu malaysia lebih panas dr biasa... Tapi tidak pula kulit semua penduduk malaysia jadi oily... Ade plak yang bertambah kering... Sampai mengelupas pun ade...makanya dimana ia dihasilkan bukan isu utama...yang penting cara penghasilan...
Marykay telah berusia 50 tahun.. Pelbagai ujikaji telah dijalankan demi memastikan product ini sgt2 bagus kepada semua pengguna tidak kirala di malaysia, usa mahupun zimbabwe ataupun bora-bora ( pheeww... Ops plak)
Sendiri pakai, sendiri nilai..
Dont judge a book by its cover
Tapi selalunye cover or kotak marykay mmg cantik.. Kalau tgk pasti tertarik giteww 

Aini alias
#marykay #marykayrembau #marykaynegerisembilan #kosmetik #skincare #oilyskin #kulitbersih #pencucimuka #awetmuda #negerisembilan #kl #seremban #senawang #jelebu #kualapilah

Test

Test

Saturday, January 16, 2016

Salam mesra utk tahun 2016

Assalamualaikum 2016
Harapnye belum terlewat utk cik annie memberi ucapan mesra kapada tahun 2016
Tahun ini cik annie bersiaran dari tempat baru
di sekolah baru cik annie yang penuh mesra...
SEK MEN SAINS REMBAU
atau lebih mesra disebut sebagai SEMESRA

Tempat baru
Tahun baru
Semoga segala-galanya baru
Dengan jiwa yang baru
Jiwa masih lama
Namun lebih BERTENAGA!!!

Biarpun kadang-kadang sedikit bergoncang
Namun di usia begini
Alhamdulillah Allah kurniakan kematangan untuk bertenang di saat jiwa sedang berkocakan

Selagi masih bernafas
Maka kita akan terus diuji, diuji berkali kali
Maka andai saat diuji itu jiwa bagaikan perahu dilambung ombak
Bertenang adalah jalan terbaik
Pasti ada yang bertanya
Bagaimana mahu bertenang saat jiwa berkecamuk
Soalan klise ini sudah sentiasa cik annie lazimi sejak sekian lama
dan akhirnye baru kini cik annie ketemui jawapan
cehhhhhhhh....( mcm poyo je kan)

Begini
Saat kita rasakan sedikit goncang
Seperti kereta terlanggar bumper
Ataupun goncangan yang lebih dahsyat
Bagaikan kapal titanic terlanggar iceberg

okay sini cik annie list down few thing yang biasa cik annie buat , kalau korang ade tambahan silala inform ye


  • Mind Set

mind set sgt penting pada waktu begini untuk kita kekal dpt bertenang...
so biasanya cik annie akan kekalkan mind set
" ini ujian dari Allah je aini, come on ..u can do it "
then cepat-cepat istigfar....
kadang2 ape yang berlaku ini teguran daripada Allah buat kita ..sebab Allah sayang pada kita
Allah xnak hambanya berterusan melakukan kesilapan
maka hadirlah ujian yang merapuhkan jiwa
agar jiwa yang rapuh tadi kembali kepada Sang Pencipta yang Maha Berkuasa

  • formula ubat 
cik annie suka sgt dengan formula ubat ni...formula ni simple sgt untuk difahami dan dipraktikkan..
kita ambil pengajaran dari peristiwa yang mudah
kalau kita pening kepala...maka kita ambik 2 biji paracetamol
tapi andai kata masih tidak kebah...kita tambah menjadi 4 biji paracetamol
andai masih belum berkurang...maka kita ambil pula pain killer
jika berkurang , Alhamdulillah...
tapi jika masih belum berkurang pasti kita risau bukan? 
maka kita akan berusaha untuk ikhtiar mencari another solution
seperti : pergi ke klinik, untuk mendapatkan nasihat doktor ....mengambil cuti rehat dan sebagainya....
...
maka begitulah juga dalam konteks saat kita diujia
andai kita diuji dengan ujian yang sangat dahsyat
maka muhasabah diri sendiri
adakah sudah banyak amalan rohani yang kita laksanakan ?
bagaimana hubungan kita dengan Allah swt? adakah sudah kukuh padu??
jika belum..
inilah saat terbaik utk kita perbaiki...
.....
tambah dan perbaiki amalan kita
kerana hubungan yang kukuh inilah sebenarnye menjadi ubat kepada kepedihan yang kita lalui...
maka jangan pernah persoalkan 
" kenapa aku asyik diuji je..."
"kenapa mesti aku je"
"adakah Allah tak sayang aku?"
ubahlah kepada soalan yang lebih positive

" adakah sudah cukup bagus ibadahku?"
"adakah khusyu' solatku?"
 dengarlah bisikian hati yang paling damai di sudut hati anda...
setelah itu bangkitla kita bersujud di spertiga malam
untuk menambah kuatiti paracetamol kita ..
  • jangan layan

yesss... jangan layan atau dengar bisikan hati yang tidak berfaedah itu....
anda pasti pernah pernah terdengar
musuh utama pada diri kita
ADALAH DIRI KITA SENDIRI !!!!

maka janganlah waktu sedang bersedih kita layan lagu2 jiwag, sedih2 dan layan apa2 aktivit yang tidajk mendatangkan faedah ..DONT!!!

sebaliknye dendangkan lah lagu yang mampu menjadi penawar seperti ini




lagu ini sekadar contoh sahaja ye...
banyak lagi bende bermanfaat lain yang boleh anda buat...

yess....bacaah surah yaasin ...pun sgt2 mujarab
ataupun bacalah ape2 surah pun....bacalah ia penuh rasa khusyu' seperti anda sedang melihat Allah , seprti seorang anak kecil sedang mengadu pada ibunya...rasakan seolah-olah Allah sedang mendengar, sedang melihat dengan penuh rasa belas dengan penuh rasa kasihan...
Percayalah!!! anda akan merasainya kemanisanyya sendiri...

Focus On Good Thing 

Dalam tempoh jiwa diuji, badan terasa sgt lemah longlai....bagaikan pasukan tentera yang hampir sahaja mengibarkan 'bendera putih".Cik annie pernah rasa mahu bunuh diri, pernah rasa mahu sahaj terjun kelaut dalam, mahu sahaja terjun menjunam dari bangunan yang tinggi, pernah rasa bagaikan mayat hidup...

Semua itu cik annie pernah rasa...
Alhamdulillah, ia kekal sebagai hanya rasa
Belum pernah menjadi realiti...

Oleh yang demikian dalam kita merawat jiwa yang luka
Sebaiknya cuba fokus pada bende yang baik
- fokus pada hobi
- fokus pada kerjaya
- fokus pada kerja amal

kerana perkara yang baik mempunyai aura yang positive...
yang akhirnya akan mampu menyuburkan lagi jiwa yang lara

its gift

berdasarkan analisis cik annie,
ujian ini adalah hadiah...
ia adalah seperti....
ujian ataupun peperiksaan zaman persekolahan
ingat lagi tak mase sekolah dulu
kalau kita dapat score dalam exam final year
mesti kita dapat hadiah dari cikgu2, dari family...

mase exam tu punyelah stress..
tak dapat tidur, runsinggg......

tapi bile dapat lalui segala-galanya...
Alhamdulillah
Allahuakbar
tenteram jiwa....

begitulah juga ujian dari Allah swt...
Allah bagi ujian yang sesuai buat diri kita ini...
maka bertenang....bersabar.....
lalui dengan rasa tabah, redha....
tambahkan amalan
tingkatkan kualiti ibadah
andai sblm ini suke lengahkan solat ,
maka solatlah di awal waktu
andai sblm ni malas baca al-quran
rajin-rajinla mengaji

maka...percayalah....saat sukar itu akan berlalu
dipengakhiran itu kelak ada hadiah yang sedang menanti
yakinnnn...sabar...

mungkin cik annie boleh kongsikan sedikit disini..
kisah yang sudah sgt lamaaa, harapnya boleh dijadikan pengajaran

mase tu cik annie di tingkatan 4
sesuatu berlaku....
menyebabkan cik annie setiap hari rasa hiba, sedih,
stp hari sedihhh...
stp hari menangis...
di usia begini
cik annie akui cik annie belum matang untuk memahami segala-galanya
almost 2-3 bulan cik annie dirundung duka

sehinggalah satu hari
cik annie dapat berita yang paling menggembirakan hidup cik annie
cik annie dapat surat tawaran utk bersekolah di KISAS
cik annie mmg teringin sgt nak sambung belajar disitu
tapi bile fikir-fikir semula...cik annie rasa cik annie xpunya kelayakan utk bersekolah disitu...

tetapi segala-galanya rahmat Allah adalah luar biasa
bairpun tidak sehebat kawan -kawan lain
cik annie dapat juga bersekolah disitu

betul2 di saat cik annie rasa sudah tidak tertanggung untuk berdepan dengan  dugaan yang sedang cik annie alami pada waktu itu
Alhamdulillah, Allah sgt mendengar rintihan hambanya...
Saat jiwa sudah tidak tertanggung
Allah mengurniakan sesuatu hadiah untuk menghiburkan jiwa yang lara..


  • sabar dan redha itu indah

dahulu cik annie sorang yang agak "moody" . cepat sgt naik angin....maka stp kali cik annie dengar phrase sabar itu indah...redha itu penawar jiwa ....mintak maaf la..cik annie mmg tak mampu nak hadam semua itu ...SORRY.. I JUST CANT UNDERSSTAND!!

tapi itulah kehidupan
saat Allah mahukan kita mempelajari sesuatu..
maka Allah akan sentiasa menguji kita sehinggala kita mampu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku...
dan sehinggala akhirnya hati kita mampu rasa sabar dan kemuncaknya REDHA...maka akhirnya segala-galanya menjadi mudah...

pada tahun 2008 ayah cik annie meninggal dunia...
cik annie rasakan seolah-olah dunia cik annie gelap
tidak mampu berdiri sendri...
terasa sgt lemah...
hilang matlamat dan motivasi diri
saat itu bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga
pelbagai peristiwa yang berlaku menyebabkan jiwa robek dan hancur...

tapi kini ia telah berubah
cik annie boleh menerima dengan tabah....
setiap manusia yang hidup itu pasti mati
dan kedukaan itu banyak mendidik jiwa
banyak mematangkan diri...

dan kini ia tidak lagi menjadi isu utk kekal bersedih
bahkan rasa sabar dan redha itu akhirnye mendidik jiwa..
mencambahkan rasa manis

kini cik annie pelajar
rasa sabar itu mmg peritt
sabar itu menahan dan mengawal diri utk stabil biarpun dalam jiwa bergelora seperti tsu nami

dan redha...
setelah kita berusaha sepenuh jiwa
namun kita masih gagal
tetaplah redha dengan takdir Allah

mungkin pada pandangan umum....
memperolehi seagala yang kita ingin miliki adalah suatu kejayaan
tapi jgn lupa....kadang2 nikmat yang Allah beri itu adalah 'istidraj'
maka di saat kita gagal memperolehi apa yang terlalu kita ingini...
bertenangla...
percayalah...di saat itu Allah sedang kirimkan kita hadiah kemanisan redha...
redha lah dengan takdir Allah...
mungkin kita tidak beroleh di dunia
namun percayalah...ia telah disimpan khas utk kita di syurga kelak...
maka janganlah bersedih...
kita bukan gagal untuk mendapatkannya
tapi mungkin ia tidak disini..
atau mungkin kita akan dapat yang lebih baik...InsyaAllah

  • look around


saat kita merasakan bahwa kita adalah orang paling sadis dan malang di bumi Allah ini
lihatlah sekililing kita
sekurang-kurangnya kita tidak diuji seperti Rasulullah saw yang sentiasa diuji kehilangan orang tersayang sejak dr kecil...
tidak pula kita diuji seperi Maryam dengan difitnah berzina kerana melahirkan anaknya Nabi Isa a.s
bahkan Allah masih sayang kita...
Allah masih kurniakan iman untuk kita kekal tabah lagi hingga hari ini
Allah masih lagi berikan kita hidayah untuk kita temui jalan kepada kekusutan kita lalui harini
Percayalah
"Jika anda terbaca post ini pada hari ini, bukan kerana post ini benar-benar bermanfaat ... Namun ia adalah kerana Allah mahu anda bangun dari kekusutan yang anda lalui ...Maka BANGKITLAH!
BANGUNLAH!
Lakukan sesuatu utk merawat jiwa yang lara itu
Allah tidak pernah meninggalkan kita
Tapi hanya kita yang melupai Allah..
JOM! cari Allah ....


  • berdoalah
tadah tangan....dan berdoalah pada Allah
benar...
Allah sudah sedia maklum apa yang sedang berlaku dalam hidup kita
benar..Allah sgt memahami apa yang kita rasa saat ini
Namun Allah rindu untuk mendengar rayuan hambanya
Kita hanyalah hamba
Hembusan nafas pun pinjaman Allah semata-mata
Maka berdoalah...penuh keinsafan dan penuh pengharapan 
" Ya Allah yang maha Mendegar..Maha Pemakbul Doa...Tuhan Yang Maha Pemurah..Maka Pengasih...Maha Pengampun...Pandanglah aku hambaMu yang hina ini...Saat ini, hambamu ini rasa sgt teruji.... berikanlah aku jiwa yang tabah...permudahkanlah urusanku...jadikan aku hamba yang solah, sentiasa bersyukur dengan nikmatmu...perelokkan ibadahku...bantulah aku utk mengorak langkah ke hadapan....Ya Rabbi..kasihanilah aku...semoga ujian ini,,memberi kebaikan kepadaku...dan juga pada semua muslimin dan muslimat yang sedang diuji sepertiku..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!