aku lupa dan hanyut dengan segala keperluan dunia
aku leka melihat warna warni dunia yang terlalu mengasyikkan
aku tidak tahu dari mana aku perolehi kekuatan itu
namun aku bersyukur Allah tidak pernah lupa mengingatkan aku
tentang siapa aku sebenarnya..
alhamdulillah
kini aku sedar kelemahan jiwa ku selama
telah lama aku sedari jiwaku yang rosak
pelbagai formula telah cuba ku praktikkan
gagal.........
dan akhirnya kini aku temui semula
alhamdulillah
qiyammulail...
telah lame benar aku lupakan
astaghfirullah
kini aku mengorak langkah
cuba memperbaiki ibadahku
mendekatkan kepada Sang Pencipta
semoga diriku tabah menghadapi ujian
semoga diriku tidak goyah menghadapi tribulasi
kini fasa lain sedang mula mengorak langkah
alhamdulillah
fasa inilah yang aku telah lama nantikan
betapa lamanya aku mengambil masa untuk perubahan ini
semoga nikmat ini tidak lenyap dari diri ini
semoga nikmat iman tetap utuh dalam hati
semoga nikmat ini dapat dikongsi bersama yang lain
dan semoga aku istiqamah..
amin
No comments:
Post a Comment