Sunday, July 31, 2011

Malam pertama Ramadhan

alhamdulillah
maka bermulalah era 1 Ramadhan
" apelah persiapan aku??""
aku resah memikirkan
terlalu hal dunia yang semakin berselirat
menyebabkan aku kian alpa dengan hal akhirat
astaghfirullahalazhim
di Facebook
ramai yang dah berkobar-kobar untuk sambut Ramadhan
aku??? aku???
aku masih macm tu
ya ALLAH teruknya aku

sambutan untuk puasa bukan main lagi
dengan masak rendang
dengan sup tulang
sume dah tersedia
biaselah org Rembau
mmg ade aktiviti makan2 yang agak hebat
untuk Ramadhan

teringin benar aku nak pergi terawih mlm ni
tapi semua org keluar
kebetulan mak dan bangteh pergi ziarah maklong di kl
kaklang n husband and all my nephew dah siap nak pergi terawih
aku terpaksa mengalah
sbb someone kene stay rumah
aku sedih sgt
hari pertama dah tak bersemangat
hari pertama aku dah cari alasan
sedangkan aku boleh je solat terawih sendiri
Ya Allah kuatkan iman ku untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan

Semoga Ramadhan kali ini
Lebih baik dari sebelumnya
dan memberikan impak positif kepada diri ku ini
insyaallah madrasah ramadhan
aku cuba kuatkan kaki ini untuk menghadiri kuliahnya setiap hari
insyaallah
aku sedar dosaku kian meninggi
apalah yang mampu ku harapkan
aku harap dapat bertemu LAiLAtul Qadar
Mat jenin sungguh cita-cita ku
namun aku tak mampu menolak
itulah harapan ku
amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!