Sunday, August 28, 2011

Alina Bt Md Alias


Ke hadapan kakcik ( kakakku)
Walau dimana juga kau berada

Kakcik......
Kemana kau menghilangkan diri???
Setelah hampir 2 tahun kau mendiamkan diri
Bersama suami Azmi bin Aziz
Bersama anak Afifudin bin Azmi, Aiman bin Azmi dan Arfah@Intan binti Azmi
Apakah kesalahan lalu terlalu berat
Untuk dimaafkan
Ataupun kesilapan lampau terlalu memeritkan
Untuk dipadamkan

Apakah ?????
Soalan yang tiada jawapan
Terkadang adik memilih untuk diam
Bukan kerana terlalu kejam
Bukan tidak berperasaan
Bukan kerana benci
Namun diam demi kebaikan
Andai langkah ini salah
Maafkan adik
Andai bicara ini juga mengguris rasa
Maafkan adik

Kakcik
Mak sentiasa sebut nama kakcik
Menyebut nama cucunya
Sentiasa.............

Kami dah cuba cari kakcik
Adik dah cuba pelbagai cara
Namun apakan daya
Semua menemukan langkah buntu

Andai ada ruang rasa
Bukalah lebih luas
Sementara masih ada peluang
Sementara diberi nafas

Pulanglah kakcik
P/S ( sesia[a yang ada maklumat tentang keluarga ini, harap boleh beri maklumat kepada saya)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!