Suatu petang
Rumahku dikunjungi oleh dua orang wanita
Ana dan Nita (bukan nama sebenar)
Ana merupakan saudaraku yang aku tak kenal lansung
Nita pula adalah kenalan kepada Ana
Sebenarnya aku dan Ana mmg tidak pernah bertemu
Aku sebenarnye janggal dengan kehadiran mereka berdua
Tetapi sebagai tetamu
Perlu hormat dan berilah layanan yang baik
Ana dan mak aku berbual panjang
Memang agak emosional dan sayu
Kerana membuka sejarah lampau keluarga
Yang agak panjang dan memilukan
Tujuan Ana datang ke rumahku adalah untuk bertanyakan ttg hal nenek
Nenek @ maklong aku yang telah pun meninggal…
Menurut Ana, ayahnya dalam keadaan nazak
Dan kini dia ingin berjumpe dengan nenek
Untuk memohon maaf bagi pihak ayahnya
Aku pilu
Apa yang mampu aku buat
Nenek @ maklong dah pergi…
Nenek @ maklong adalah kakak kepada arwah ayah
Maklong meninggal sebulan selepas ayah meninggal
Maklong meninggal di Rumah Penjagaan Orang Tua, Cheng, Melaka
Tiada siapa yang dapat menjaga maklong waktu maklong tua
Sebab tulah ayah berbincang dengan ahli keluarga yang lain
Untuk menghantar maklong kat situ
Satu-satunya anak maklong iaitu Zaki (bukan nama sebenar) sudah lame menghilangkan diri
Zaki menyepi untuk melarikan diri daripada menggalas tanggungjawab
TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUNYA
Ketika pengebumian maklong
Kami berusaha menghubungi D namun gagal
Kami juga telah cube berjumpe dengan saudara terdekat isterinya
Namun tiada respon yang diberikan
Dan kini Ana ,anak Zaki datang untuk menemui neneknya yang telah meninggal lebih dari 2 tahun
Aku sayu………..
“ Kemana akak pergi selama ni????”
“ Kenape sanggup buat maklong mcm tu?”
Sehabis daya aku cuba kawal suaraku
Agar tidak kelihatan marah
Dengan juraian air mata Ana menjawab
“ Akak pun dah lame tak hubungi keluarga akak dik”
“ Akak dah lame dibuang oleh mak akak sendiri”
Suasana semakin pilu
Aku kasihan melihat Ana…
Timbul rasa kasihan
Bagaimanakah kehidupan yang dilalui oleh wanita dihadapanku ini????
“ Dik, mane kubur nenek dik”
Akak nak cari kubur nenek
Akak nak ambik tanah kubur nenek
Nak bawak jumpe ayah”
“Jangan mcmtu kak
Khurafat tu kak
Nenek dah pergi
Kak, ikatan keluarga tidak pernah putus
Ada tiga perkara yang boleh dibawa sampai mati
1) ilmu yang berguna
2) anak yang soleh
3) sedekah jariah
Akak pergilah ziarah kubur nenek
Buat tahlil
Buatlah sedekah jariah untuk nenek
Dan berdoalah untuk kebaikan nenek dan ayah akak
Lagipun kak, nenek tak marah ayah akak
Setiap kali aini dan ayah ziarah nenek dulu
Nenek tak pernah cakap die marah ayah akak
Nenek cakap die rindu je kat ayah akak
Insyaallah kak…
Pintu kemaafan itu masih ada”
Aku sendiri mahu menangis ketika menzahirkan kata-kata itu
Entah dari mana datangnya kata-kata itu
Namun aku bersyukur
Kepada Allah mengurniakan idea di saat-saat itu…
Selang beberapa hari
“ Dik, ayah dah meninggal
Ayah meninggal sebaik sahaja akak call ayah dan bagitau
Nenek dah maafkan ayah”
Aku terkedu……….
Ya Allah…
Semoga roh ayah, maklong dan ….zaki dilimpahi rahmat…….
No comments:
Post a Comment