aku baru je hantar mak dan nenek aku
menziarahi saudara kami yang uzur
uzur disebabkan umur yang meningkat
dan penyakit
untuk membawa emak dan nenek ( wan ) bukanlan perkara yang mudah
wan lumpuh sebelah badan
oleh yang demikian sblm pergi
aku perlu pakaikan pampers
aku perlu papah wan ke kereta
mungkin org yang berpengalaman menjaga org sakit
akan lebih memahami situasi aku
tambahan pula mak aku juga bukanlah sihat sepenuhnya
mak juga perlu dipimpin
Alhamdulillah, sampai di rumah saudaraku itu
kaklang sudah siap menunggu
maka urusan memapah wan + menolak menggunakan wheelchair lebih mudah
menolak wheelchair di jalan yang rata lebih mudah
tapi bagaimana jika perlu melalui jalan yang sempit, berbatu dan semak????
fikir-fikirkanlah
dan setibanya wan di bilik saudaraku itu atau lebih tepat lagi tokngah
iaitu adik wan aku
wan dan tokngah menjadi sebak
aku juga
sbb tu aku kuatkan diri untuk bawak wan jumpe tokngah
pastinya wan rindu nak jumpe adiknya itu
wan adalah anak yang sulong
kedua adik beradik itu kelihatan uzur dan syahdu
mungkin disebabkan lama tak berjumpe
mungkin juga kisah2 lama
tidak perlu aku singkapkan kisah lama itu
kerana hubungan adik beradik tidak pernah putus walau ape juga
sengketa yang berlaku...
aku harap
suatu sinar akan kembali menyinari kedua-dua keluarga yang
pernah malap suatu ketika dahulu
teringat aku iklan digi..
aku kan abang...
No comments:
Post a Comment