Tuesday, December 20, 2011

pembedahan katarak

alhamdulillah, mak dah selamat operate mate (katarak) pada 19/12/11
semuanya berjalan lancar
ini kali ke2 mak operate mate
nampaknya mak happy kali ni

kaklang pula berkali-kali mengingatkan aku
ttg pantang larang after operation
fuh....hebat
jarang hospital nak bagi pantang larang ....

sblm tu...
lebih baik aku share informasi ttg katarak ni dulu ok...

Apa Itu Katarak
Katarak ni menyebabkan kanta di dalam mata menjadi berkabus dan menggangu penglihatan.
Pada peringkat awal penggunaan cermin mata boleh membantu.
Pembedahan perlu dipertimbangkan apabila penglihatan menjadi semakin kabur
dan mengganggu aktiviti seharian.

Kaedah pembedahan
2 cara

1) Phachoemulsification :
kanta mata dipecahkan menjadi cebisan dan dikeluarkan melalui luka pembedahan yang kecil

2) Extracapsular cataract operation :
kanta mata dikeluarkan melalui luka pembedahan yang besar dan memerlukan beberapa jahitan

Kanta mata yang dikeluarkan diganti dengan kanta implant yang jernih


Sebelum Pembedahan

1) Semua pesakit perlu hadir untuk temujanji 'pre-clerking' untuk memastikan mereka sihat untuk pembedahan
2) Mampu untuk baring tanpa bantal
3) Tidak batuk atau mengalami jangkitan dimana-mana seperti ulser di kaki dll
4) Ukuran kanta implant mata dibuat dan surat tempahan dikeluarkan
5) Tarikh pembedahan ditentukan
5) Surat kebenaran pembedahan ditandatangani


Pembedahan

Kebanyakkan pembedahan dilakukan dengan bius setempat dimana suntikan ubat diberikan disekitar bahagian mata

Kain akan diletakkan di atas muka dan oksigen dibekalkan. Kerjasama diperlukan supaya tidak bergerak selama tempoh pembedahan amat diperlukan

Sekiranya ada masalah seperti sakit dan terasa hendak batuk perlu diberitahu doktor yang melakukan pembedahan tersebut

Tempoh pembedahan dalam sekitar 30-60 minit


Selepas Pembedahan

1) Mata akan ditutup dengan kapas khas selama beberapa jam
2) Penglihatan biasanya kan menjadi lebih baik dalam tempoh beberapa hari, dan proses sembuh mungkin ambil masa yang lebih lama
3) Ubat titis mata akan diberikan untuk mencegah jangkitan kuman dan mengurangkan inflamasi
4) Pesakit dinasihatkan memakai kaca hitam kerena mata mungkin sensitif pada cahaya

Pantang Larang Selepas Pembedahan

1) Jangan gosok dan menyentuh mata dengan kuat
2) Jangan biarkan syampu atau sabun masuk mata
3) Jangan angkat barang-barang berat
4) Jangan pakai celak-celak mata
5) Jangan terlalu menunduk atau membongkok
6) Jangan terdedah kepada panas, api dan cahaya yang terlalu terang...

well tu saje yang saya boleh sharekan...
Alhamdulillah, eye vision mak semakin baik...
balik je dari operation mak terus cakap
" cantik lah gambar dlm tv ni" ....
ehehehe....
subhanAllah....
syukur di atas nikmat yang telah diberikan sekali lagi...
amin...

4 comments:

Anonymous said...

salam ziarah kak... ayah saya pun katarak..tp die taknak kornea mata org len,,,

Unknown said...

ws sue...
mak akak beli je kanta kat hospital....

Anonymous said...

aritu da pasang kanta kak..pastu jd balik..dr kol nk wat transplan..sbb ade org nk derma kornea mata dia.tapi ayah saya taknak.dia takut mgkn..

smg mak akak cepat sembuh ye..amin

Unknown said...

faham.....
anyway akak doakan yang terbaik utk ayah awk ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!