Seronoknye dapat berblogging semula....
Bile lame tak berbloging ni... Jadi mcm serabut je...
Idea jadi tak teratur...huhuhuh....
Biaselah, tanggungjawab lain lebih perlu diutamakan....
Kenalah hormat dengan keutamaan kan...
Name pun cikgu kan....
Banyak tugasan lain yang menanti...
Sebab tulah type entri ni pun pukul 4.00 pagi...
Sedar-tak sedar dah hampir 5 tahun aku bergelar guru...
Tak sangka, alhamdulillah....
Memang x nafikan ade turun naiknye dalam meniti arus profesyen ini..
Namun alhamdulillah, satu persatu berjaya juga aku lalui dengan izin Ilahi...
Kali ini aku nak sharekan ttg pengalaman profesyen keguruan aku serba sedikit
so aku fikir aku nak ceritakan tentang buku rekod guru...
Rasenye hampir setiap org pernah nampak buku ni kan..
Tak kisahlah guru atau tidak...
Sekurang-kurangnye pernah jadi murid, so mesti pernah nampak buku ni....
Dulu aku pun pelik sgt... " BUKU APOLAH YANG TOBA BONA NI" huhhu.........
dah jadi guru ni barulah aku faham....
patutlah cikgu selalu bawak buku ni.....
sebabnye mmg wajib bawa buku ni sepanjang dalam waktu pnp...
buku rph ini adalah buku yang yang merangkumi tugas hakiki guru...
dimana guru perlu menghuraikan dan menerangkan perjalanan pnp yang sedang, bakal dan telah berlaku....
oleh yang demikian guru tidak mempunyai objektif dan perancangan yang jelas untuk kelas yang bakal dijalankan...
oleh yang demikian buku ini telah diwajibkan kepada guru untuk dibawa sepanjang pnp dijalankan demi memastikan pnp yang dijalankan adalah tidak tersasar dari perancangan yang telah ditetapkan...
begitu baik dasar pendidikan yang telah ditetapkan dalam profesyen keguruan demi memastikan kejituan pendidikan di malaysia...
aku tidak menolak, betapa pentingnya kewujudan buku rekod dalam memastikan kelancaran pnp...
namun sayangnya apa yang boleh dikatakan
buku rekod ini seolah-olah tidak mampu lagi menampung tugas dan tanggungjawabnya yang kompleks...
apabila tugasan sepanjang tahun, huraian setiap subjek, perincian setiap perjalananan hendak dimampatkan dalam sebuah buku....
ia seolah-olah tak berdaya untuk menampung tugasan tersebut....
tidak cukup dengan muatan hsp, rpt, dan rph dalam sepanjang tahun.....itu sahaj sudah sudah 3 perkara...
bagaimana pula jika guru itu mengajar 4 subjek yang berbeza....atau pun 5 subjek yang sama tapi berbeza darjah atau tingkatan?
4 x 3:= 12 item yang perlu dimampatkan dalam satu buku....
opsss...tak habis lagi, DSP ....bahan extra untuk PBS....
banyaknya.....maka ramailah guru yang mengambil inisiatif menyediakan fail tambahan / sisipan fail untuk menyimpan segala rekod tambahan.....
selain itu ....
buku ini perlu dibawa dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab sebaik sahaja guru memulakan pnp dalam kelas...
kekerapan guru membawa ke hulu dan hilir .....
menyebabkan buku ini cepat rosak...
kebiasaanya tidak sampai 1/2 tahun pastinya sisi buku telah terkoyak ...
maka pelbagai usaha akan dilakukan oleh guru untuk mencantumkan semula buku yang telah koyak demi memastikan hayat buku itu selamat sehingga hujung tahun......
buku sekadar gam biase...sebut sahaja, pelbagai jenis gam , selotip akan digunakan.......
sekadar satu lontaran idea...
sejajar dengan perubahan waktu dan zaman
nampaknya buku rekod juga memerlukan suntikan perdana...
agar lebih perkasa, dewasa....yang mampu berganding bahu dengan guru dalam memperkasakan pendidikan untuk anak bangsa...
tak gitu???
ehehehe........
No comments:
Post a Comment