Wednesday, February 11, 2015

JANJI YANG TERLUPA



Pernahkah tutur kata dilafaz
tanpa nilai
tanpa erti
tanpa maksud
hanya sekadar  pemanis bicara
cukup sekadar mencipta rasa yang sementara?

Atau

Pernahkan kau ditabur dengan
Mentera yang
Paling bahagia
Paling bermakna
Paling sempurna
Namun tidak di tunaikan

Pernahkah ?

Bekejaran ke timur dan barat
Membidik ke utara dilempar
Membelok ke selatan juga tidak diendah
Meruntun agar ia ditunaikan
Namun pada siapakah yang mahu diberi pengaduan?
Persoalan demi  persoalan
Berpusing  terus menghanyutkan

Benamkan segala kelubuk paling dalam
Usah dibongkar segala rasa
Suburkan dengan baja kemaafan
Demi sebuah kedamaian
Buat kita bersama atas janji yang  terlupa

Semoga  tiada lagi luka
Memadam segala bekas derita
Kelak tiada amanah yang tidak tertunai
Diminta lunas di hari pengakhiran

Kerana keberkatan  ada pada sebuah kemaafan
Kerana cinta memadamkan dendam
Kerana rindu pada erti ketenangan
Semoga kau dan aku kekal dirahmati
Menuju bahagia ke jalan yang diredhai
Kuncikan kisah ini dengan sebuah kemaafan.
Agar kekal menjadi pengalaman yang mendewasakan………….


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!