Showing posts with label isu kehamilan. Show all posts
Showing posts with label isu kehamilan. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

KANDUNGAN LUAR RAHIM

Suasana agak huru-hara dibilik guru pagi ini apabila kami dimaklumkan yang seorang sahabat kami puan nadia dimasukkan ke hospital Melaka disebabkan kandungan luar rahim. Kebetulan pagi ini kami para guru mmg perlu berada di surau pada waktu pertama 7.30-8.05 bagi menghadiri program pemantapan syahsiah. Aku sendiri tak menyedari deringan hp ketika keadaan nadia sangat lemah dan memerlukan bantuan utk dihantar ke hospital. Aku bersyukur pada tuhan, ade sahabat lain yang menyedari panggilan telefon dari sahabat kami Lizanorwarni yang gigih mendapatkan bantuan dari sahabat-sahabat lain. Akhirnya, nadia dihantar ke hospital tampin oleh salah seorang guru, puan siti safinatun.maka sepanjang sessi di hospital tampin adalah wakil penyampai khabar berita. Apa yang diberita lebih memeranjatkan apabila keadaan nadia begitu tenat akibat pendarahan dan akhirnya dia telah dikejarkan ke hospital melaka.

Tanganku terus pantas menaip maklumat berkaitan kehamilan luar rahim di internet demi mendapatkan sedikit info. 
Info ini aku ambil dr website : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/150-kehamilan-luar-rahim.html

Kandungan luar rahim ini terjadi  apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim seperti di tiub fallopian, ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin itu membesar di tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan yang akhirnya boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan. 

Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim ini adalah seperti : 

  1. Haid yang lambat
  2. Pendarahan kecil berwarna coklat
  3. Ujian kehamilan positif
  4. Pening-pening
  5. Sakit pada bahagian bawah perut
  6. Sakit pada bahu
  7. Sakit yang tajam menikam
Apabila aku membaca info ini, mmg aku akui terdapat tanda-tanda tu yang kelihatan oleh nadia. Namun ape boleh buat, simptom tu terlalu nampak remeh. Bahkan mmg ramai wanita yang tak sedar akan simptom tu sehinggalah mendapat pengesahan dari doktor. 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kandungan luar rahim ni antaranya : 
  • tiub fallopian rosak (yang disebabkan pelbagai faktor juga)
  • pernah mempunyai sejarah kandungan di luar rahim sebelum ini
  • pernah mengalami radang pelvis
  • pernah mendapatkan rawatan kesuburan
  • mengalami endrometriosis
  • mengamalkan IUD

Bagaimanapun , sebagai umat Islam yang beriman, haruslah berlapang dada dan menerima setiap keadaan yang berlaku adalah ujian daripada Allah sebagai tanda Allah sangat menyayangi kita. Biarpun kadang-kadang apabila refleksi diri, mungkin tiada faktor-faktor tersebut berkait dengan diri. Ingatlah dan  kembalikanlah segalanya kepada Allah, kerana ada hikmah dan ganjaran istimewa yang sedang menanti disebalik ujian getir. Dan sebagai sahabat, saudara dan sesiapa sahaja yang berada di keliling empunya diri yang mengalami keadaan sebiginilah lakukan sedaya yang termampu demi meringankan kesaitan dan kesedihan yang mereka alami dengan menziarahi dan menasihati mereka agar bersabar dan beroleh kekuatan...

InsyaAllah saya dan sahabat-sahabat lain akan mencuri masa menziarahi nadia petang ni, kami berdoa agar dia selamat dan dipermudahkan jalan...Amiin...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!