Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

migrain

Dah 3 hari kene migrain
so far arini dah kurang sket
hari pertama ...mmg longlai
hari kedua.....pun rase lemah sgt ( kesan ubat lagi)
so aku nak kumpul maklumat ttg sakit migrain ...


Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Tuesday, February 16, 2010

tempoh bercuti

agak keciwa dgn diri sendiri kerana tidak dapat menggunakan secara optimum cuti yang telah diberikan...nak blame diri sendiri....100% rase terlalu kejam....kerana almost 3 day i had been suffer sakit telinga...susah nak explain...sape yang pernah rase je tau kepedihannya...hari pertama kena...aku steady lagi...normally 1 hari ok lah....but the next day....aku rebah terus....tak larat nak wat ape ape ...tido je...gi clinic pun doctor x berani bagi ubat titik just ubat makan je....sbb telinga aku dah bengkak teruk dan takleh nampak gegendang lansung...aku proceed je ubat yang doc bg...tp yang aku rase ubt tu setakat tahan sakit je...abis tempoh....pergh ....menangis....

then aku berusaha sedaya upaya mencari ubat yang dah selalu menjadi penawar ku....punyelah payah....round tampin sampai alor gajah....jumpe pun qurrato ain je...untuk telinga...aku beli jelah...dari takde...letak lah kat telinga...pedih lah kot sikit...eheheh (sbnrnye sgt pedih)....bile petang aku rase ok sket aku pun drive kete gi semban....dari econsave....aku gi giant pulak...alhamdulillah...jumpe juga buah hati aku ni PERMATA HIJRAH.....untuk telinga....yup...alang-alang aku terus je beli jus mate 5...heheh...manelah tau leh kurus kan

mlm tu aku pun mulekan operasi....ambil cotton buds...titikkan ubat....then...."walawe"....
mcm ayam kene sembelih ....sakit sgt sgt...aku tahan je....dari kene jumpe doc pakar n bayar bil mahal2...biar aku tahan dgn ubat mcm ni....lepas je letak ubat...dalam 2 jam kot....aku letak sket sket....sape yang penah pakai ubat ni taulah....best tau...ade side effect khas kat telinga + kesakitan dan kepedihan...so far aku dah lama pakai ubat nie...cume aku dah kehabisan stok...tak ramai pulak yang jual produk ni...normally jual yang untuk mate je...yang aku tau...kalau telinga tuh sakit teruk...maka bunyi yang dihasilkan akan lebih kuat dan lebih lame...so mlm tadi mmg sakit dan lame...

pagi ni aku ingat telinga aku tak ok lagi...tapi alhamdulillah...bengkak dah surut....lega.....family aku mmg ramai yang kene sakit mcmni...ade yang kate resdung....ade yang kate allergic....tapi yang pasti jgn selalu pakai cotton buds...mmg cari nahas....aku tetap amalkan makan ubat resdung in order nak avoid telinga aku rase gatal....eheheh....kalau telinga aku dah gatal....tolongla....org tgk pun naik heran...aku asyik garu je...mcm orang yang gatal hidung...asyik garu je....

takpelah....skrg ni aku dah ok sket....masih sempat untuk aku sempurnakan hasrat aku kan...semoga misi aku berjaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!