alhamdulillah selesai saat yang mengerikan
dah lame juga aku cube curi masa untuk memahatkan kenangan interview aku
huuuuuuuuuuuuuu
bolehlah di bahagikan kepada 3 fasa
sebelum, semasa dan selepas
pastinya pengalaman sebelum dan semasa
adalah detik2 yang mendebarkan
aku akui detik2 sebelum interview mmg detik yang sgt mencemaskan
sungguh....
bermula dgn debaran mendapatkan laporan pengetua
euuuuu (seram)....
macam2 dalam otak
tapi aku sentiasa berdoa kepada Allah
agar deberikan laporan yang memberansangkan
dan aku panjatkan doa agar segalanya berjalan lancar
dan akhirnya....
jawapan kepada resahku terjawap
iaitu 2 hari sebelum interview aku berjaya call SPP
tujuan aku call SPP sbb nak mengesahkan bahawa aku takde
surat GST, sedangkan dalam surat GST adalah dokumen yang wajib disertakan
so SPP mengesahkan aku cume perlu bawa apa yang ada sahaja
sbb mmg aku masih tak dapat surat GST lagi
sbb aku baru je tamat KPLI
namun.......
aku perlu sediakan transkrip diploma
aku tersentak...
mcmane aku nak ambik
dokumen kene ambil by hand kat IPG KKB
tak boleh faxs...
tak boleh juga diemail
cume boleh ambil byhand or pos...
tapi aku cume ade 1 hari je lagi b4 interview
dalam resah gelisah
aku tak boleh putus asa
mmg aku menitiskan air mate
sbb pihak SPP begitu mendesak untuk mendapatkan dokumen tersebut
kegagalan aku menyediakan dokumen itu
akan menyebabkan aku gagal sekali lagi
aku TAKNAK!!!
akhirnye aku buat keputusan untuk pergi juga ke IPGKKB pada hari esok
tindakan yang mmg gile...
maka aku bagitau IPGKKB yang aku akan hadir esok dan aku berharap dieorg dapat
sediakan dokumen yang aku perlukan
dan aku buat preparation untuk beli tiket flight on9
time tu pulak insufficient kredit limit...
kenelah aku bergegas ke bank untuk top up kredit card aku
dugaan sungguh
alhamdulillah, akhirnye aku berjaya juga beli tiket flight dgn harga around 300 untuk pergi dan balik
itupun mak aku yang tolong bagi duit
arapkan duit aku???
mmg dah kering
kesian jugak tgk mak time tu
mak mmg terkejut
aku mmg tak mampu nak kawal kesedihan masa tu
sedih sungguh perjuangan aku untuk mendapatkan DG41 ni
dan malam tu aku tak lena tido
sbb aku tension nak study lagi
tension pasal flight lagi
aku tempah tiket untuk 6.40 pagi
so aku perlu gerak awal
pada asalnye aku plan nak gerak pukul 4 pagi
tapi banyak pulak perkara nak disetelkan
so 4.30 baru aku bertolak
so aku sampai agak lewat
around 6 am..
mase tu mmg tawakal je
aku parking kete kat parking yang paling hampir dgn airport
terpikir juga pasal costing
RM3.5 per hour...mmg mahal
tapi aku dah takde pilihan
tambahan aku tak tau nak parking mana lagi
so aku pujuk hatiku
" takpe aini, pengorbanan ini tetap bernilai"
masa aku sampai kat departure area
aku dah tak boleh untuk check in via kiosk
" cik kene check in kat kaunter, sbb dah less dari 40 minutes"
mase tu baru pukul 6 a.m
aku terus cari kaunter....alhamdulillah dapat check in
just i need to pay another RM10...
tak apelah....
after check in
aku terus ke toilet
mmg aku tak sempat nak cari surau dah time tu
so aku tawakal untuk solat je dalam flight
welll
ambil wudhu dalam toilet....
tak mudah seperti ambil wudhu ditempat yang telah dikhaskan
tapi aku anggap ni semua dugaan
mungkin kerana kesukaran ambil wudhu
so aku ambil masa yang agak lama dalam toilet
menyebabkan toilet aku diketuk
ehehehe
tapi bile aku keluar toilet
takde pulak orang
"mungkin budak kecil yang saje nak bergurau kot"
desis hati aku
bile aku keluar dari toilet
staff air asia dah start call passenger ke KB
then line up mcm biasa
and masuk lah ke kabin
aku bergerak sepantas yang mungkin
sbb aku nak cepat duduk
dgn harapan dapat solat dgn mudah
alhamdulillah
sampai je cabin
kebetulan orang yang duduk sblh aku takde lagi mase tu
so senang la sket mase tu
aku terus solat
mase tu aku tak sempat pun nak cari arah kiblat yang sesuai
aku pernah dgr...kalau solat dalam keadaan musafir ni
kite kene betulkan kedudukan kita pada permulaan solat
dan selebihnya itu kira tak ape
tapi apakan daya
bile dah gelabah
plus aku tak biasa pun solat musafir dalam flight ni
aku terus solat
aku berharap sgt Allah menerima solatku itu
aku laksanakan ibadah yang wajib sahaja demi menjimatkan waktu
aku takut bile passenger dah start ramai
faham2 ajelah
kebetulan aku dapat seat yang paling aku suke
seat yang paling tepi bukan tepi tingkap
tapi tepi laluan
aku suka seat ni
sbb senang nak masuk
dan senang nak keluar
eheheh
passenger sblh aku berdua
daripada gaye dieorng
aku rase dioerng ni pegi kb atas urusan kerja
dan aku sgt tertarik sbb die pakai ipad
eheheh
sblm ni aku duk sblh perempuan yang pakai iphone
so this time duk sblh perempuan yang pakai ipad
ermmmm....bestnye...
aku pendamkan aje niat aku tu
sbb otak aku masih berfokus ttg interview
aku perlu serius
aku perlu lengkapkan segala keperluan interview aku
dalam pukul 7.30 aku safely arrived airport pengkalan chepa
w/out wasting time
aku rush cari teksi
teksi RM15
sbnrnye sgt dkt...10 minit je...
tapi harga standart kan
faham jelah
aku borak ringkas dgn pakcik tu
sbb aku nak die jemput aku semula dari IPG untuk ke airport semula
die pun faham keadaan aku aku
so die setuju untuk pick up aku dalam pukul 9.15
sebaik sahaja aku sampai di IPG
aku terus ke bahagian peperiksaan
well....staff kat situ sgt terkejut
sbb aku sampai pukul 8.00
alhamdulillah layanan yang diberikan sgt baik
dieorg tak putus2 cakap mintak maaf
sbb tak dapat nak tolong
eheheh
aku faham, lagipun salah aku
sbb aku yang tak cek requirement documents tu betul2
mase aku ambil transkrip tu
aku sedar mmg ramai kawan aku yang dah ambil
tetibe aku jadi sedih
takde kawan pun yang cakap kat aku ttg perkara ni
sedih sgt
tambahan pulak
yang ambik tu
ramai yang aku kenal rapat...
tapi tak apelah...
dugaan
dan aku nampak 2 member aku yang still tak ambik transkrip lagi
rase kesian pulak
mesti deiorng pun nak pakai
so aku sms kak yati, bertanyekan same ade die nak aku ambilkan transkrip die dan kak aisyah
tepat tekaan aku
dieorng mmg harap sgt aku boleh ambilkan untuk dieorng
sbb dokumen tu diperlukan untuk surat jawapan DG41
biarpun takde org yang sudi ambilkan transkrip aku
biarlah aku tlg orang lain
insyaAllah, ini yang terbaik
aku sempat breakfast kat kafe
aku mmg suke makan nasi lemak kat situ
cume kali ni berbeza
sbb dulu kalau breakfast kat sini
ramai2 dgn member
so bile sorang2 ni rase sedih pulak
aku rase aku dah takde ape2 lagi kat sini
urmmmmmmmmmm
dalam 9.30 aku dah sampai air port
aku sengaja nak dgt awl sbb aku risau terlambat
dan aku mmg dah check in awal2 kali ni
aku check in mase aku arrived air port pukul 7.30 pagi tadi
ahahaha....mmg kaki gelabah...
boring juga kalau dah melepak kat air port ni
cuci mate tgk kete
pastu makan kek
pastu bace pasal FPK =)
flight dari kb ke kl
agak lewat sket
tapi aku still sampai lcct dalam pukul 12 lebe juga
ok lah...
aku terus bayor parking keta
tak sampai RM30...
dan tanpa mase aku terus drive ke sekolah
sampai sekolah dalam pukul 2 ...
mmg lega sgt bile sampai di sekolah
tambahan pula kwn2 ramai lagi kat sekolah
dan ramai yang bagi sokongan moral
aku bersyukur sgt
after that aku ke pejabat
ambil laporan pengetua yang telah diseal (p&c)
kemudian aku teringat yang aku tak sediakan gambar passport lagi
erm...dalam keadaan yang letih aku drive ke tampin
RM 12 untuk 4 keping gambar dan cd
tak cantik pun gambar tu
puas dah aku touch up tapi still tak cantik juga
eheheh
[kalau dah tak cantik tu, tak cantik jugaklah kan...eheheh]
sette gambar aku terus balik rumah
penatnye badan mase tu
nak tido tak lena
nak study takde tenaga
tapi aku cube juga untuk meraih tenaga
aku cube baca NKRA, BAjet, FPK...
tapi bile badan penat otak pun pun semakin lemah
aku tak mampu nak absorb bahan yang aku baca
mlm tu mcm tak tido pun
tido dalam sejam je
akhirnye pukul 6.30 aku bertolak ke Royal Bintang, Seremban
aku sampai dalam pukul 7.15...
mase tu bilik interview gelap lagi
sempat lah aku pergi ke toilet dan membaca buku
kebetulan aku sessi 7.30
aku benci sessi 7.30
sbb ini adalah sessi pertama
dan berdasarkan pengalaman yang lepas
sessi pertama adalah sessi yang sukar dan banyak soalan
tapi, ntah kenape aku jadi suke pulak aku ditempatkan pada sessi 7,30
" awal start awal balik"
eheheh....
so dokumen aku lengkap
" YES!!! ALHAMDULILLAH!!! LEGA!!!"
aku masuk bersama kwn2 yang lain seramai 4 orang
seram...
tapi masuk2 je ade org buat slack
adesorang cikgu ni duduk tanpa diberi kebenaran untuk duduk
so teguran ringkas telah diberi oleh penemuduga
soalan demi soalan
soalan pertama (aahahaah)
APAKAH JAWATAN YANG DITEMUDGA?
glurp.......
aku tak hafal nama penuh jawatan aku
so sebagai org pertama aku just jwp Pegamai Pendidik
dan sbnrnye semua org pun tak hafal
so kami deiberikan peluang untuk baca offer letter
after bace kami ditanya semula
tapi still tak ingat
mmg time tu semua masih gemuruh
dan kali ke3
barulah aku ingat
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
dan aku rasa aku tak akan lupe jawaatan ni sampai bile2
eheheh
after that die soal Frasa penuh FPK
oh damn...
dengan terketar-ketar aku jawap
" satu usaha berterusan...............^%^%^&&%%............*^&%&%^&%" aku lupe
mmg aku tak ingat frasa penuh
tapi nampak gayenye die boleh terima
next question die mintak huraian FPK
n some teori pendidikan
aku mmg tak ingat name teori pendidikan/pedagogi
so aku just boleh explain langkah demi langkah
dan selebihnye die yang bantu aku
eheheh
nkra dan bajet boleh la aku jawap
sbb isu semasa
after tamat interview
die tanye kami
adakah kami rase puas hati
aku jawab
" saya puas hati, bukan puas hati dgn hasil yang saya berikan...
tapi saya puas hati dgn ulasan yang encik buat
sbb ulasan encik membuatkan saya faham kenape saya tak boleh dapat A dalam subjek IP"
terima kasih encik......
aku keluar dgn rase syukur dan lega
dan kini
aku rase bersyukur kerana aku dah lepas interview
aku beruntung
sbb skrg servis SPP sgt cepat
dalam tempoh 3 bulan aku dah dipanggil interview semula
berdasarkan cerita dulu, kadang2 ambil mase 1 tahun atau 2 tahun untuk dipanggil interview semula...
walaupun banyak kesukaran yang aku hadapi untuk mendapatkanngred DG41 ni
aku bersyukur
pengalaman kali ini benar2 mematangkan aku
aminnn
Showing posts with label spp. Show all posts
Showing posts with label spp. Show all posts
Tuesday, October 18, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Cabaran Terakhir???
smlm mase aku call spp
diorg nak jugak diploma dari IPG
aku cakap kat dioerng yang aku tak konvo lagi
then aku call IPG
dieorng boleh bagi salinan
pengesahan dari IPG
tapi kene melalui pos atau ambik by hand
tapi kene melalui pos atau ambik by hand
?????
after beberape kali call
after beberape kali call
dan tanye dan tanye lagi
aku decide aku ambik jelah terus dari IPG
demi interview hari khamis ni
dan IPG aku adalah di KOTA BHARU
dan aku pula N9
beli tiket flight last minit
" rabbi yasir wala tu assir ya karim"
Tuesday, October 11, 2011
Debaran Temuduga SPP
Akhirnya aku dipanggil untuk temuduga kali 2
Alhamdulillah
setelah temuduga kali pertama
aku gagal untuk masuk ditemuduga
kenape gagal masuk temuduga
aku dah citer sblm ni
ermmm
detail interview kali ini adalah spt berikut :
TARIKH TEMUDUGA : 13-10-2011
MASA TEMUDUGA : 7.30 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA : BILIK PANTAI,THE ROYAL BINTANG SEREMBAN,JALAN DATO' A.S DAWOOD,70100,SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN
ya Allah permudahkan urusan temuduga kali ini
amin...
debaran semakin laju...
aku gagal untuk masuk ditemuduga
kenape gagal masuk temuduga
aku dah citer sblm ni
ermmm
detail interview kali ini adalah spt berikut :
TARIKH TEMUDUGA : 13-10-2011
MASA TEMUDUGA : 7.30 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA : BILIK PANTAI,THE ROYAL BINTANG SEREMBAN,JALAN DATO' A.S DAWOOD,70100,SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN
ya Allah permudahkan urusan temuduga kali ini
amin...
debaran semakin laju...
Tuesday, August 2, 2011
Keputusan temuduga SPP
aku baru je keputusan temuduga aku kat SPP online
hasilnya:
Hadir Tidak Temuduga
sedih ....
ku rasakan hatiku seolah-olah basah dek rintihan air mata
tapi aku masih mampu mengawal emosi dan raut wajah
berkat bulan Ramadhan
aku tau ramai kawan aku yang lulus
walaupun sessi interview sgt mendebarkan
tapi alhamdulillah mereka lulus
cuma aku
kesilapan kecil yang aku lakukan pada 16/06/2011
menyebabkan aku gagal masuk ke bilik interview
ye...
kesilapan kecil:
"aku lupa bawak transkrip Ijazah Bahasa Melayu"
ape boleh buat
aku sudah merayu dengan pegawai
namun mereka tegas
aku tetap tidak dibenarkan masuk
dan aku akur
dalam akur aku merintih
hati aku bermonolog
biarpun ramai yang bersimpati
aku perlu bangkit
dan satu-satu ayat yang membuatkan aku sedar
" Kdanag-kadang, bila kita hendak mendapatkan sesuatu yang amat besar.....Maka dugaan yang mendatang juga mmg besar"
perkara itu sudah lama berlalu
hampir 2 bulan
dan kini aku sudah pun bangkit
sudah kembali segar
aku kembali muhasabah diri
kadang-kadang kita gagal
disebabkan kesilapan diri kita
lalu kita ubah
lalu kita perbaiki
lalu kita insaf
namun masih juga kegagalan datang singgah
walau segalanya
telah dikorbankan
telah dipertaruhkan
telah dilaksanakan
dan kembali lah
dan tunduklah
kepada Redha
redha pada qada' dan qadar
kerana di situlah timbangan iman
insyaallah
p/s : insyaallah...aku akan cube yang terbaik untuk next interview....tapi tak tau lah bila...
namun aku yakin...pasti ade cume lambaat atau cepat je....AMIN...
namun aku yakin...pasti ade cume lambaat atau cepat je....AMIN...
Subscribe to:
Posts (Atom)