Sunday, October 9, 2011

Menjadi Suami Yang Soleh

Tertarik dgn entry yang aku bace di fb kawan
So aku nak share ape yang aku bace
So boleh disebarkan ilmu yang bermanfaat ini

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.
Ramai suami terlupa.
suami-soleh

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang
Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang
boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak
akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.
Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS
sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila
mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri
anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda
dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan.
Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!