Erm.....tak apalah....sabar
Sunday, July 21, 2013
TAWAKALKU
Erm.....tak apalah....sabar
Sunday, August 26, 2012
Allah Sedang Mengujiku
Moga-moga berkesan terapi ni.......
Moga terubat jugala jiwa yang duka ni
Sebenarnye di saat ini jiwa ku seakan luka bernanah
Mcm2 berlegar di ruang minda
Dan jiwa yang gelisah ini adalah petanda jiwa yang rosak
Astaghfirullah.........
Bertepatan dgn ayat al--Quran yang bermaksud
" Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang"
Betul........buat saat ini jiwa aku x tenang
Banyak betul dosa yang telah menghitamkan hatiku ini
Pelbagai masalah remeh tetibe berselirat di ruang minda turut menceroboh ke lubuk hati
Menyesakkan dan melemaskan
Mahu sahaja segalaanya aku luahkan
Namun aku takut ia hanya menambah dosa
Tanda tidak redha dengan dugaan dan takdir dari Yang Maha Esa
Cukuplah Allah yang mengerti dan memahami
Biarpun diri ini penuh dosa dan selalu tewas dengan dugaan
Aku masih berharap agar mujahadah ini dapat menjadi wasilah untuk aku lebih dekat kepada Yang Maha Esa
Dan aku hanya berharap doa darai sahabat-sahabt dan pembaca-pembaca untuk aku kuatkan semangat
Kerana tanpa semnagat pastinya diri ini kembali lebur dan hanyut
Nauzubillah............
Aku tidak berniat ingin menyalahkans sesiapa bahkan akulah yang harus dipersalahkan
Namun aku tidak mahu terus hanyut dengan kesalahan dan kesilapan lalu
Aku perlu bangkit untuk berhijrah.......HIJRAH
Namun hijrah ini memerlukan seribu pengorbanan
Dan kadang-kadang jiwa ini seakan hanyut
Seakan tunduk kepada dunia yang melalaikan..............
Mungkin anda sebagai pembaca sukar untuk mengerti apa yang saya sedang lalui.....
Tidak mengapalah tidak faham........
Namun sekurang-kurangnya cukuplah tuan/ puan budiman mengerti bahawa hijrah diri ini memerlukan pengorbanan yang besar....
Andai rapuh di pertengahan ingatlah sesungguhnya Allah sedang menguji kita
Hamba yang selalu diuji oleh Allah adalah hamba yang Allah kasihi
Maka bersabarlah hati...........pasti ada ganjaran kelak............
Biarpun jiwa remuk dan menderita........
Ingatlah nasyid Hijjaz
" Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata"
Dan kembalilah kepada Allah untuk menyucikan diri
Dengan demikian ujian itu akan ringan dirasakan bahkan akan ditemui kembali kekuatan untuk terus berjuang
"Ya Allah permudahkan urusan kami seluruh umat Islam....namu andainya inilah ujian yang telah kau tetapkan kepada kami Ya Allah maka kau berikanlah segala kekuatan kepada kami agar kami mampu mengharungi rintangan ini...."
AMIN YA RABB
Thursday, August 2, 2012
Irma Hasmie...suatu penghijrahan
Tapi kisah hidup dan perjalanan hijrah Irma ni amat menyentuh hati
Maka ia tiba tanpa tak diduga...
Aku masih ingat lagi waktu Irma mula-mula berubah...
Entahlah...kadang-kadang ade artis yang ikut musim
Jadi aku rase susah nak percaya org yang dah berubah ni
Astaghfirullah....
Rase berdosa pulak.....
Sepatutnya aku perlu menerima perubahan yang cuba dilakukakan....
Tapi alhamdulillah...
Semakin hari aku semakin dapat menerima perubahan yang cube die lakukan
Sedangkan aku juga hanyalah manusia yang turut melakukan dosa
Hanya Allah yang tahu....
Sebagai seorang selebriti...
Irma sendiri akui kesilapan lalunya...
SubhanAllah....hebatnya Allah telah mencuci hatinya..
Sehingga dia dapat menerima kesilapan lalu
Saturday, May 19, 2012
Allah yang Maha Sempurna
Student : Cikgu nampak cantik hari ni....
Cikgu : Ye ke???
Student : Iye cikgu
Cikgu : Terima kasih atas pujian, tp bukan saya yang selayaknya yang mendapat pujian.....Selayaknye Allah yang perlu dipuji atas keindahan mahkluknya
Student : Allah cantik ke cikgu
Cikgu : Baik, saya bagi awk perumpamaan.....
- Ape pandangan awk melihat tulisan yang cantik dan kemas?.........mesti ak rs tuannye juga seorang yang cantik dan kemas bukan?
- Apa pandangan awk terhdp kanak-kanak yang comel??? Kebiasaannya kita akan katekan mesti parent baby tu pun cantik...Betul tak?
Amin...
Thursday, December 22, 2011
Kenape doa lambat dimakbulkan
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."
Mataku terus tertumpu pada ayat yang begitu bermakna ini
SubhanAllah....
Allah mendengar keluhku yag sekian lama menjadi tanda tanya
Apatah lagi kadang-kadang tersasar jua dalam mempersoalkan ttg takdirku
takdir yang tidak dapat diterima
Seakan berbicara hatiku
" Kenapa aku tidak dapat seperti yang aku ingini?"
" Apa salahku? sehingga Allah lambat memakbulkan doaku?"
Akhirnya terjawab sudah teka-teki hati
Alhamdulillah...
Mungkin inilah tarbiyah Rabbani untukku...
Aku bersyukur...
Hikmah yang begitu bermakna dan berkesan dalam merawat jiwaku
InsyaAllah.....Allah merancang sesuatu yang lebih untuk diriku...
Amin
Saturday, October 22, 2011
Dakyah !!
PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah S WT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible
Wednesday, October 19, 2011
Ibnu Nafis
Monday, October 10, 2011
Asma Allah
Aku bangga aku adalah MUSLIM!!!
Aku bersyukur dgn nikmat iman dan ISLAM...
Tiada nikmat lebih hebat dari menjadi hamba ALLAH
semoga Sami Yusuf terus berdakwah melalui seninya
amin....
CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)
Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Dikirim dalam CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI
Sunday, October 9, 2011
Menjadi Suami Yang Soleh
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.
Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang
Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang
boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak
akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.
Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS
sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila
mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri
anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda
dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan.
Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Saturday, October 8, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Haji
kakak dan suaminya mmg sudah lame menunggu giliran
subhan Allah.....
Friday, October 7, 2011
Murah Rezeki
selain dari rajin dan ikhlas bekerja
antara amalan yang perlu ditingkatkan
adalah ibadah ....
ibadah wajib
ibadah sunat
namun secara spesifiknya
solat sunat dhuha adalah wasilah untuk murah rezeki
maka lakukanlah solat sunat dhuha...
dan diiringi dgn doa ini...
bace dalam bm pun takpe...
dalam bahasa arab pun ade...
tapi tak sempat lagi nak taip...
insyaallah...
amalkan lah...
Saturday, September 3, 2011
Hadapilah Kegagalan
Jika diri merasa sukar melalui saat-saat kegagalan
renungkanlah kisah perjuangan Rasululullah s.a.w
Baginda sentiasa berdakwah tanpa henti
tidak kira berjaya atau gagal
Baginda pernah gagal ketika memohon perlindungan
Baginda tetap bersabar sekalipun
Namun daripada kegagalan itu
bangun dan berjaya pada peperangan seterusnya
Ia terhasil daripada iman, sifat bersabar, bertawakal dan redha
Friday, September 2, 2011
kapal karam
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau
Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup
Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu
Dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya
Di samping itu dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tdak berpenghujung
Dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya
Namun segala harapan tinggal harapan
Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil
Untuk dijadikan tempat berteduh
Suatu hari ketika die sedang mencari sumber makanan
Pondok lelaki itu terbakar
Tiada apa yang tinggal kecuali abu hiram dan asap berkepul
Lelaki tersebut terduduk
Merenung nasibnya yang malang
“ Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?”
Petang itu sedang dia berehat di bawah pohon poko kelapa
Dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah
Menuju ke arah pulau itu
Sehabis daya dia menjerit-jerit
sabmbil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal
nampak akan kehadirannya di pulau itu.
Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal
dan diberi makanan dan minuman
Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu
dia berada di pulau itu
Dia bertanya kepada kapten itu
" Macammana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal lalu menjawab :
" Kami ternampak asap dari pulau ini
Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana
mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan "
Hikmah
Jangan sekali-kali
mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan
untuk kita.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
buat hamba-Nya.
Saturday, August 20, 2011
Sunday, August 14, 2011
Kembara Bumi Suci
Kerana sesiapa sahaja boleh jadi tetamu ALLAH
Thursday, August 11, 2011
Sifat Orang Bertakwa
- Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya
- Mempunyai keimanan yang teguh dan sanggup berjihad pada jalan Allah
- Menjauhi diri daripada perkara haram, khurafat dan bid'ah
- Tawadhu' dan tegas
- Tidak sombong dengan keturunan, pangkat, harta dan rupa paras yang cantik
- Menjauhi diri daripada perkara2 dan tempat2 maksiat.
- Tidak suka membazirkan masa dengan perkara2 yang tidak berfaedah
- Menghormati al-Quran, ilmu dan ulama.
Saturday, August 6, 2011
PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN SIFAT IKHLAS
- Riya dalam ibadah
- Bersifat sombong dan takbur
- Menghampiri perkara syirik
- Melakukan ibadah secara sambil lewa
- Mempersendakan amal ibadah