Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

10 Srikandi Bidadari Syurga




Tajuk Buku : 10 Srikandi Bidadari Syurga Vol 1
Penulis : Arsil Ibrahim
Penerbit : Blue T Publication SDn Bhd
Cetakan : 2011
Kandungan :
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Fatimah Binti Muhammad
  • Aisyah Al-Humaira'
  • Nusaibah Ummu Ammarah
  • Al-Khansa
  • Suamyyah Binti Khayyat
Komentar
Kandungan buku ni sangat menarik,
Dipenuhi dgn ilustrasi, gambar dan warna yang cantik
Penuh dgn kisah2 kehidupan tokoh yang diceritakan secara santai
Sbnrnye buku ini sesuai untuk kanak2
Tapi takpelah....rasenye sesiapa yang berminat boleh je beli
Sbb aku pun beli
Dan aku enjoy je bace buku ni ...

Wednesday, October 19, 2011

Ibnu Nafis


Nama sebenar beliau adalah Alauddin Abu Al-Ala Ali bin Abi Al-Hazam Al-Qurasyi Al-Syafie Al-Misri telah dilahirkan di Damsyik, Syiria pada tahun 607H/1210M. Beliau dibesarkan di Damsyik dan mempelajari ilmu kedoktoran daripada Al-Dakhwar dan Imran Al-Israili.

Apabila usianya meningkat beliau telah berhijrah ke Kaherah pada zaman Raja Al-Ayubi Al-Kamil dan mula bekerja sehingga dilantik menjadi ketua di Hospital Al-Mansuri. Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Nafis.

Kehidupan Ibnu Nafis istimewa kerana sepenuh waktunya digunakan untuk mempelajari ilmu kedoktoran sehingga beliau tidak berkahwin. Sebagaimana ulama yang lain beliau tidak sahaja mempelajari bidang kedoktoran, bahkan mengkaji ilmu di dalam bidang mantik, falsafah, bahasa,ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.


Beliau juga merupakan tokoh yang begitu kognitif kerana keaslian dan kebebasan pemikirannya. Kajiannya pula bersandarkan kepada pemerhatian, penilitian dan membuat uji kaji. Di antara contoh eksperimennya adalah dengan menganalisis perjalanan darah dalam tubuh badan. Kajiannya begitu terperinci apabila beliau menemui peredaran darah ke paru-paru yang merupakan asas penemuan Harvey dalam peredaran darah yang lain, iaitu tiga kurun selepas kematiannya.

Dalam bidang kedoktoran pula, beliau amat mementingkan sudut penganalisisan anggota luar dan faktor-faktor yang memberi akibat pada tubuh badan (asbab) berbanding mementingkan sudut rawatan. Ini menjadikan beliau merupakan orang pertama yang menghasilkan karya dalam bidang usul ilmu kedoktoran.

Selain itu beliau juga merupakan seorang yang sangat tawduk di dalam berilmu, malah selalu mengadakan perhimpunan bersama ulam-ulama dan ahli-ahli atau pakar kedoktoran di rumahnya.

Ibnu Nafis juga menghuraikan buku Tashiru al-Qanun karya Ibnu Sina yang mana di dalamnya terkandung penemuan beliau terhadap proses peredaran darah ke paru-paru. Beliau meneruskan usahanya menghuraikan karya ulama-ulama lain yang lain sehingga menjadi beberapa buku.
Kecintaan beliau terhadap ilmu juga membuatkannya mentafsir buku Al-Adawiyah karya Hoppocrate dan buku karya Galinous. Beliau kemudiannya telah menyusun buku Syarah Mufradatu al-Qanun, Tafsiru al-lal wa Asbabu al Amrad, Syarhu al Hidayah fi al Tib dan Al Syamil fi al Tib yang menyentuh tentang keseluruhan penyakit mata. Ibnu Nafis mengakhiri penulisannya dalam bidang kedoktoran dengan menulis ensiklopedia Al-Syamil fi Al-Tib. Beliau juga bercadang untuk membukukan karya tersebut dalam 300 jilid, tetapi hanya 80 jilid sahaja kerana meninggal dunia.

Karya beliau yang lain adalah dalam bidang falsafah buku Fadil bi Natiq. Di dalam laras agama pula, beliau menghasilkan buku Al Risalatu al Kamil fi al Sirah al Nabawiyyah dan Mukhtasar Ilmi al Hadis. Di dalam bidang bahasa beliau menghasilkan buku Toriqu al Fasaha dan bidang perundangan pula beliau menghasilkan buku Syarah Kitabu al Tanbih ila Furui al Syafi'iyyah.

Ibnu Nafis meninggal dunia di kaherah, Mesir pada 687 H/1288M.


Sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!