Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau
Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup
Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu
Dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya
Di samping itu dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tdak berpenghujung
Dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya
Namun segala harapan tinggal harapan
Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil
Untuk dijadikan tempat berteduh
Suatu hari ketika die sedang mencari sumber makanan
Pondok lelaki itu terbakar
Tiada apa yang tinggal kecuali abu hiram dan asap berkepul
Lelaki tersebut terduduk
Merenung nasibnya yang malang
“ Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?”
Petang itu sedang dia berehat di bawah pohon poko kelapa
Dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah
Menuju ke arah pulau itu
Sehabis daya dia menjerit-jerit
sabmbil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal
nampak akan kehadirannya di pulau itu.
Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal
dan diberi makanan dan minuman
Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu
dia berada di pulau itu
Dia bertanya kepada kapten itu
" Macammana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal lalu menjawab :
" Kami ternampak asap dari pulau ini
Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana
mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan "
Hikmah
Jangan sekali-kali
mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan
untuk kita.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
buat hamba-Nya.
No comments:
Post a Comment