Saturday, September 3, 2011

Hadapilah Kegagalan


Jika diri merasa sukar melalui saat-saat kegagalan
renungkanlah kisah perjuangan Rasululullah s.a.w
Baginda sentiasa berdakwah tanpa henti
tidak kira berjaya atau gagal
Baginda pernah gagal ketika memohon perlindungan
daripada penduduk Taif
akibat dianiyai oleh penduduk Quraisy
Saat itu baginda dibalas dengan
ejekan dan cercaan
Malah dilemparkan batu-batu
sehingga melukakan tubuh badan
Baginda yang mulia.
Baginda tetap bersabar sekalipun
malaikat-malaikat penjaga bukit menawarkan untuk
menghukum penduduk Taif

Begitu juga dalam peperangan Uhud
tentera Rasulullah juga menghadapi kekalahan
disebabkan sebilangan daripada tentera
Muslim melanggar strategi perang
Namun daripada kegagalan itu
tentera di bawah pimpinan Baginda
bangun dan berjaya pada peperangan seterusnya
Malah 3/4 daripada dunai berjaya ditakluki para sahabat

Dari manakah datang kekuatan luar biasa pada sahabat Nabi?
Ia terhasil daripada iman, sifat bersabar, bertawakal dan redha
dengan apa-apa sahaja yang berlaku.
Dan sifat ini mesti menjadi pegangan anak-anak.
Berilah keyakinan kepada anak-anak bahawa Allah s.w.t
sentiasa menjadi penolong
buatlah yang terbaik dan terimalah apa-apa sahaja yang
Allah telah takdirkan untuk mereka.

sumber : Solusi 32

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!