Monday, October 3, 2011

penawar hati


sekali lagi kecewa
dan sebenarnya sudah tidak terkira
hingga tidak sanggup menduga
dan tidak mampu meneka
namun aku tidak mahu lagi terluka
aku mahu terus gembira
aku mahu terima
jika ini ketentuannya
aku mahu teruskan jua
dalam redha
dan aku berdoa
agar hati ini terbuka
menerima .....

Ya Rabbi
redhakan aku menerima dugaan ini
tenangkan hati ini
agar aku sabar meniti titian ini
jangan kau biarkan langkah aku tergelincir lagi
aku benci hitam lalu ku
pandulah aku

Ya Allah
sampaikan padaku
khabar gembira
seperti kau memberi penawar kepada kedukaan Rasulullah
berikan padaku
aku mohon

Ya Allah
kau berikan padaku kekuatan
kerana kaulah pemilik hati sanubari
dan segala-galanya hanya kau yang miliki

Ya Allah
aku mahu redha
aku mahu pasrah
aku mahu segala-gala yang telah kau tetap kan padaku
aku malu untuk merintih lagi dgn dugaan yang kau berikan kepada ku
kerana telah berkali aku malu dgn kekalahan diri ini ya Allah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!