Tuesday, November 1, 2011

Lawatan Cancel...


setibanya aku di meja pagi ni
kelihatan kertas kerja yang aku hantar smlm sudah dipulangkan semula
" pantas"
aku amati 1 persatu dokumen yang aku terima
" ade penambahan dokumen rupenye"
dokumen itu aku amati dengan teliti
dan aku sendiri sudah dapat menjangka
sisipan borang lawatan dari ppd disertakan
" permohonan hendaklah dibuat 3 minggu sblm tarikh"
seperti yang telah aku jangka
permohonan aku tidak akan diluluskan
dan aku boleh menerima
namun agak lama juga aku berfikir
bagaimana untuk aku sampaikan kepada anak muridku
kerana ada di antara mereka yang sangat berharap agar lawatn ini diteruskan

sedangkan aku juga hampir buntu
walaupun sessi persekolahan hampir tamat
namun tuntutan kerja masih tidak henti2
esok, lawatan exchange program dari Singapura akan tiba
minggu terakhir pula ade program perkhemahan perdana
"SEMPUUUUUUUUUUUUUUUUUUT"
dan aku juga semakin runsing dengan urusan peribadi yang tidak henti2

jadi aku lapangkan dada
berfikir secara waras
dan akhirnya
aku memilih untuk merima keputusan itu dengan redha
sungguh....
apelah sangat kan
bukannya tak boleh sampai bile2 pun
insyaAllah...next year boleh buat
lagi 2 bulan je untuk 2012 menjelang tiba
amin
pujuk hatiku
dan ku pujuk jua hati anak2 murid ku kelas 4 Ibnu Sina
" kita pergi tahun depan ye, ke tempat yang lebih menarik"
menarik bagi aku tak semestinya menraik bagi dieorng
ehehehe

ape2 pun
aku bersyukur aku dapat juga mengharungi situasi ini dengan tenang
dan tidak mudah melatah
sebaliknya aku bertambah kuat
aku jadi semakin lebih yakin yang program lawatan ini akan berjalan juga
namun bukan sekarang
percayalah
ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap musibah

mungkin bagi sesetengah orang berfikir
setakat kertas kerja lawatan di reject apelah sgt
just retype jelah semula
ye betul....type jelah semula
type je semula kertas tu
type je semula kata-kata semangat untuk bangkitkan motivasi yang hampir surut
dalam bahasa yang mudah
kegagalan mmg disertakan dengan hadiah percuma yang hebat iaitu " DOWN"
=)
yess, down.....but insyaAllah....kali ini tidak lagi....
aku tak down lagi
cukuplah tempoh drowning yang sgt lame sebelum ini
aku tak mahu lagi down
aku mahu terus bangkit, bangun dan terus ke hadapan
mungkin kadang langkah ini akan longlai
mungkin kadang langkah ini tersadung batu
mungkin kadang langkah ini akan lenguh seketika
mungkin kebarangkalian yang lagi dan lagi
namun aku yakin Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa bersabar
satu doa yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama

Doa Nabi Musa

" Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku (dadaku); Dan Mudahkanlah bagiku (tugasku); Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha 20: 25-28)

3 comments:

suria lekatlekit said...

siapa kata jd cikgu senang, kan??

Unknown said...

aah...
mmg banyak cabaran

Rina Rahamat said...

teringat zaman jd cikgu sandaran dulu..huhu penat giler rsnya..

takpelah psl lawatan tu mungkin ada hikmahnya x diluluskan kali ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!