Wednesday, November 9, 2011

Perginya Seorang Warga SMAHMY

sukar untuk dimengertikan peristiwa yang berlaku pada harini
semuanya berlaku sangat pantas
seorang pekerja sekolah En Baharum telah pun pergi meninggalkan warga SMAHMY
ketika aku menerima berita ini
seakan-akan tidak percaya
masih segar lagi diingatan saat Awe bagitau aku ttg berite yang menyedihkan ini
" Aini kau dah tau belum?"
" Tau ape?"
" En Baharum dah meninggal.."
" Baharum mane?"....(sbnrnye saat tu aku tau ade sorang je staff sekolah yang bernama Baharum)
" Baharum la...suami kak Zetty"
" Ha????......sakit ape?" (setahu aku dia nampak sihat ketika menolong proses korban tadi )
" Ntahlah....dengar die sakit dada time korban tadi, lepas tu die balik rumah, die pengsan kat rumah ...die meninggal kat hospital "....
aku diam tergamam...sungguh pantas perkara itu berlaku
aku menerima berita yang menyedihkan ini pada pukul 1
dan proses sembelihan korban dalam pukul 9 lebih
lepas solat zuhor di sekolah
aku, tasha dan kak fiza pergi ke hospital untuk melihat jenazah buat kali terakhir
di sana sudah ramai rakan guru, staf dan saudara arwah.....
aku rase hiba sgt tgk kak Zety ( isteri arwah)
kesian .....
anak die masih bersekolah.....
banyak yang perlu difikirkan....
menurut kak zety arwah mmg dah menunjukkan perubahan sikap sejak smlm
aku akui....sometimes org yang nak pergi mmg menunjukkan perubahan sikap
dalam keadaan sedih....kak zety cube untuk berunding dan negotiate dgn pihak polis dan hospital untuk membatalkan proses post mortem pada arwah...
post mortem bukanlah satu perkara yang disukai oleh umat Islam khususnya...
kerana ia seolah-olah menyiksa mayat
dan ia hanyalah menambah kesedihan pada keluarga arwah
tambahan pula......di wajah keluarga arwah terpancar keyakinan bahawa pemergian arwah adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
aku pulang setelah aku melihat arwah di bilik jenazah
itulah pertama kali aku melangkah masuk ke bilik mayat
seram.....sejuk....
tapi bila aku ternampak wajah arwah
aku masih tak percaya lansung dia dah meninggal
sbb ..............
arwah en. Baharum ni mmg suke berlawak
ade satu soalan yang die akan tanye aku setiap kali die jumpe aku
" cikgu, dah belom?"
aku tak pernah pun faham ape maksud sbnr soalan tu
tapi setiap kali die tanye aku akan jawab jugak...
sbb aku tau die cume berlawak
skrg aku terfikir aku akan sentiasa ingat ayat ni
sbb ayat ni sgtlah unik!!!!
aku difahamkan jenazah dikebumikan mlm ni
aku tak dapat pergi
dan yang lebih syahdu
mayat disolatkan si musolla SMA HJ MOHD YATIM
kebetulan rumah si arwah mmg bersebelahan dgn sekolah
namun hatiku berkata
itulah .....staff yang telah banyak berbakti kepada sekolah, di saat penghujung nyawanya masih berkhidmat dengan sekolah, dan setelah pergi masih juga di roh dan semangatnya ttp di sekolah
aku jadi termalu dengan diri sendiri
kerana semasa aku mendokumentasikan segala program sekolah aku jarang terfikir untuk merakamkan gambar staff yang turut sama menyumbang bakti dalam program sekolah
satu soalan yang aku ajukan kepada kak fiza pada petang tadi
" Saya tak pasti samada saya ade simpanan gambar arwah untuk didokumentasikan"
Soalan yang bukan memerlukan jawapan.....sekadar luahan kekesalan
Kehilangan en baharum pastinya akan dirasai oleh warga SMAHMY
Namun yang kehilangan ini mungkin akan menyedarkan aku ttg lemahnya aku dalam menghargai insan-insan yang telah banyak membantu aku selama ini
Aku juga sempat berbisik kepada kak fiza
" kak, selama saya jeles tau dgn kak zeti dan en baharum..."
" kenape?"
" sbb dieorg best....pegi keje sama....balik keje same....rumah pun dekat....datang sekolah jalan kaki je....mcm kisah orang 2 dulu je...so simple "...
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui
Pastinya kenangan yang terindah akan dikenang untuk selama-lamanya
Aku doakan agar kak zeti sekeluarga tabah menghadapi dugaan
"AL-FATIHAH"


2 comments:

Ctnurhafizah said...

w'pun ku tahu soalanmu tak memerlukan jawapan pasti.. tapi yg pergi itu tetap pergi atas ketetapannya...al-fatihah. apakah bakti kita cukup buat dikenang...hmmm.?

Unknown said...

good question kak fiza...
but i believe ur question is also w/out answer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!