Thursday, September 13, 2012

Baju Rayaku Musnah

Setiap kali musim perayaan, apatah lagi pula perayaan penting seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha pastinya kita mengingingkan baju raya yang istimewa. Istimewa disini bukalah merujuk kepada sesuatu yang eksklusif dan mewah jauh lagi yang berdouble-double standart...Noo...cukuplah ia memberikan rasa bahagia dan keseronokan ketika kita memakainya di hari penuh keberkatan itu.

Maka kisah kali ni aku adaptasikan dari kisah seorang sahabatku yang kecewa dengan tempahan baju hari rayanya. Kisahnya, sahabatku ini "N" telah menempah baju raya sedondon utk dia, anak dan suami . Perancangan rapi telah dilalukan dari awal dengan membeli kain, menempah baju, dan mencipta design yang memenuhi citarasa. Baju telah dihantar awal beberapa bulan dengan harapan ianya akan siap menjelang hari raya. Namun impian tinggal impian apabila hanya beberapa hari sebelum hari raya tailor memberitahu khabar buruk bahwa gagal utk menyiapkan baju seperti yang telah dijanjikan. Bukan sepasang tapi 3 pasang ( anak beranak).!!!

Maka bersusah payah, meraka mendapatkan baju baru di bazaar ramadhan di pasar ampangan. Alhamdulillah masih ade pilihan biarpun tak banyak. Namun bagi pasangan yang mempunyai anak kecil mmg sukar bagi mendapatkan baju beli siap yang sedondon. Kekecewan dan kemarahan jelas tergambar dengan sikap tukang jahit tersebut.

Namun jika diperhatikan semula, itulah sikap kebanyakkan penjahit. Sanggup merima banyak tempahan yang akhirnya tak mampu untuk disiapkan. Apabila timbul isu " baju tak siap" meraka akan berkata " maaflah, akak tak sampai hati nak cakap tak boleh haritu"..Erm..aku rasa jawapan yang paling bagus adalah " Honest is the best policy". Mmg berkata jujur itu susah dan menakutkan...Apatah lagi kadang2 kata-kata itu mungkin akan menyakiti hati orang lain. Tapi dalam keadaan ini sudah ternyata berkata jujur itu lebih baik..Lebih baik andai tukang jahit itu bagi jawapan " Maaf lah dik, akak x dpt buat sbb dah banyak tempahan baju raya" ataupun " Maaf dik, kalau baju moden ni akak x dapat buat skrg". Jawapan itu akan meletakkan satu penegasan akan ketidakmampuan utk memberikan perkhidmatan mengikut kehendak pembeli.

Aku yakin, ramai yang pernah mengalami situasi begini. Aku sendiri pernah berdepan dengan tailor mcmni. Malam raya baru siap..Alhamdulillah siap..kalau x siap..manalah nak beli baju..Mase tu belum ade bazaar ramadhan mcm skrg. Tambahan pula, mlm rayalah yang paling sibuk. Nak siapkan kuih, nak tukar langsir, mcm2 lagilah..Apatah lagi org badan besar bukan senang nak cr saiz..Yang akhinrye mungkin x dpt pakai baju raya..

Mungkin sbb tulah org zaman sekarang lagi suka beli baju dah siap jahit berbanding nak kene hantar tailor ni. Dari satu sudut mmg lebih mudah, murah dan cepat. Faham2 jelah hantar kat tailor ni kadang2 berbulan-bulan x siap. Tapi mcmane pun aku still suke tempah baju sbb lebih selesa dan aku harap post ni tidaklah akan menyebabkan tailor 2 yang bagus akan down.. Sbb aku tau ramai tailor yang bagus dan hebat di luar sana..1 hari pun dapat siapakn 2 pasang baju kurung..Hebat tu, aku ni 2 bulan pun belum tentu siap..Eheheh..Anyway, lepas ni hati-hatilah pilih tailor kalau xnak kene nasib yang sama.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!