Showing posts with label raya 2012. Show all posts
Showing posts with label raya 2012. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Baju Rayaku Musnah

Setiap kali musim perayaan, apatah lagi pula perayaan penting seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha pastinya kita mengingingkan baju raya yang istimewa. Istimewa disini bukalah merujuk kepada sesuatu yang eksklusif dan mewah jauh lagi yang berdouble-double standart...Noo...cukuplah ia memberikan rasa bahagia dan keseronokan ketika kita memakainya di hari penuh keberkatan itu.

Maka kisah kali ni aku adaptasikan dari kisah seorang sahabatku yang kecewa dengan tempahan baju hari rayanya. Kisahnya, sahabatku ini "N" telah menempah baju raya sedondon utk dia, anak dan suami . Perancangan rapi telah dilalukan dari awal dengan membeli kain, menempah baju, dan mencipta design yang memenuhi citarasa. Baju telah dihantar awal beberapa bulan dengan harapan ianya akan siap menjelang hari raya. Namun impian tinggal impian apabila hanya beberapa hari sebelum hari raya tailor memberitahu khabar buruk bahwa gagal utk menyiapkan baju seperti yang telah dijanjikan. Bukan sepasang tapi 3 pasang ( anak beranak).!!!

Maka bersusah payah, meraka mendapatkan baju baru di bazaar ramadhan di pasar ampangan. Alhamdulillah masih ade pilihan biarpun tak banyak. Namun bagi pasangan yang mempunyai anak kecil mmg sukar bagi mendapatkan baju beli siap yang sedondon. Kekecewan dan kemarahan jelas tergambar dengan sikap tukang jahit tersebut.

Namun jika diperhatikan semula, itulah sikap kebanyakkan penjahit. Sanggup merima banyak tempahan yang akhirnya tak mampu untuk disiapkan. Apabila timbul isu " baju tak siap" meraka akan berkata " maaflah, akak tak sampai hati nak cakap tak boleh haritu"..Erm..aku rasa jawapan yang paling bagus adalah " Honest is the best policy". Mmg berkata jujur itu susah dan menakutkan...Apatah lagi kadang2 kata-kata itu mungkin akan menyakiti hati orang lain. Tapi dalam keadaan ini sudah ternyata berkata jujur itu lebih baik..Lebih baik andai tukang jahit itu bagi jawapan " Maaf lah dik, akak x dpt buat sbb dah banyak tempahan baju raya" ataupun " Maaf dik, kalau baju moden ni akak x dapat buat skrg". Jawapan itu akan meletakkan satu penegasan akan ketidakmampuan utk memberikan perkhidmatan mengikut kehendak pembeli.

Aku yakin, ramai yang pernah mengalami situasi begini. Aku sendiri pernah berdepan dengan tailor mcmni. Malam raya baru siap..Alhamdulillah siap..kalau x siap..manalah nak beli baju..Mase tu belum ade bazaar ramadhan mcm skrg. Tambahan pula, mlm rayalah yang paling sibuk. Nak siapkan kuih, nak tukar langsir, mcm2 lagilah..Apatah lagi org badan besar bukan senang nak cr saiz..Yang akhinrye mungkin x dpt pakai baju raya..

Mungkin sbb tulah org zaman sekarang lagi suka beli baju dah siap jahit berbanding nak kene hantar tailor ni. Dari satu sudut mmg lebih mudah, murah dan cepat. Faham2 jelah hantar kat tailor ni kadang2 berbulan-bulan x siap. Tapi mcmane pun aku still suke tempah baju sbb lebih selesa dan aku harap post ni tidaklah akan menyebabkan tailor 2 yang bagus akan down.. Sbb aku tau ramai tailor yang bagus dan hebat di luar sana..1 hari pun dapat siapakn 2 pasang baju kurung..Hebat tu, aku ni 2 bulan pun belum tentu siap..Eheheh..Anyway, lepas ni hati-hatilah pilih tailor kalau xnak kene nasib yang sama.





Saturday, August 25, 2012

Rayaku 2012

Banyak pengertian syawal kali ini
Banyak pengajaran dapat difahami
Menyedarkan aku ttg banyak perkara
Pertama-tamanya aku mensyukuri nikmat Iman dan Islam
Kebetulan banyak perkara yang berkaitan dgn convert agama lately
Bahkan menurut Dr Farid,.....
Jgn anggap Muslam baka ini lebih baik darai Muslim muallaf
Bahkan ramai muallaf yang lebih komited terhadap Islam berbanding Muslim Baka
Aku setuju dgn pendapat dr....
Bahkan kadang-kadang aku rasakan bertuahnya Muslim Muallaf ni
Mereka bertuah kerana terpilih untuk kembali kpd fitrah ...
Tahniah ...TabarakaALLLAh....Alhamdulillah....
Beruntungnya menjadi manusia terpilih ni
Sedangkan Rasulullah sendiri puas berdakwah kepada pakcik saudaranya sendiri Abu Jahal pun x berjaya....
Berfikir sejenak tentang keadaan diri sendiri yang masih terumbang-ambing dalam pencarian hidayah
Maka aku berfikir dengan penuh kesyukuran...
Syukur kerana aku dilahirkan Islam...
Maka tabiatku, buadayaku.....berkisarkan Islam...
Alhamdulillah........
Betapa ramai diluar sana yang sedang mencaritaufiq dan hidayah namun gagal....
Kebetulan baru-baru ini rancangan radio di IKIM sepanjang bulan puasa turut menjemput Muallaf dalam rancangan temubual.....
Seronok dengar kisah mereka
Kerana kerap mendengar kisah mereka....
Hati jadi tergerak sama utk berdakwah..
Sesungguhnya aku bukanlah insan yang Alim....Solehah dsbgnya...
Tetapi terpanggil utk menyahut tanggungjawab...
Cukuplah dalam menyediakan medium yang termampu
InsyAllah akan ku usahakan
Semoga cita-cita ini tercapai....
Bahkan.....kebetulan baru-baru ini aku tergerak hati utk membalas 1 message lame di Fb....
Setelah sekian lame berbalas message ....barulah aku ketahui bahawa org yang memberi message ni adalah muallaf.......
ya Allah...
sekian lama rupanya tanggungjawab ini tergalas....
Sekian lama hijab hati ini tertutup dari hidayahmu
Sekian lama jugalah hati ini lena dari menjalankan amanah dan tanggungjawab....
Apalah diriku ini...........
Melalui apa yang diceritakan...
Keluarganya tidak dapat menerima baik pengislaman tersebut
Tetapi empunya diri ini tabah dalam mengharungi rintangan
Alhamdulillah
Semoga Allah mengurniakan keseabaran dan ketabahan yang tinggi
Aku sempat juga bertanya bagaiman die mahu memeluk Islam
Dia mengatakan yang hatinya terbuka memeluk Islam melalui kajian yang telah dilakukan.......
SubhanaAllah....
berapa ramai di antara kita ...bahkan aku sendiri berusaha bersungguh-sungguh demi untuk memahami agama.......
Alquran pun jarang dibaca apatah lagi dikhatam jauh lagi tadabbur....
Inikian pula mahu mengkaji ilmu-ilmu Islam...
Ya Allah,.....jauh sungguh dan rendah diri ini.....

Dalam keyukuran iman dan Islam aku mensyukuri nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang Alllah kurniakan
ya Allah....cukup sedih aku melihat penderitaan Muslim Rohingya
sudahlah dizalimi, dibunuh..wanita pula dirogol
Nauzubillah............
Kejamnye ........
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan mengikut kemampuan...
Ramai yang budiman di luar sana yang mampu menghulurkan bantuan
Bahkan setiap bantuan yang kita berikan bukannya percume mcmtu sahaja
Allah akan gantikan dan berikan yang lebih baik dan banyak buat kita
InsyaAllah
Bile terdengar sahaja kisah mereka di tv..selalunye TV alHijarh yang banyak memberi liputan....
Air mata ini pasti mengalir
Sedih mengenangkan rakyat Malaysia yang aman damai ni
Duit terlampau banyak sangat...
Terlalu mewah sangat..
Yelah kan..sampai sanggup bakar duit sendiri.....dgn bakar mercun HEBAT
Bahkan excited sgt nak dgr bunyi meriam.......
Tu yang sanggup beli mercun yang hebat2 tu...
Dah mcm perang pun ada............
Ada dua cadangan kepada pemain mercun yang tegar
1) pergi je tinggal kat negara yang berperang ni kan mcmk myanmar dan palestin atau syiria
2) kalau duit tu banyak lebih sgt...baik bagi bantuan kepada yang lebih menerlukan
Bukannya marah sangat
Tapi sedih bila mengenangkan masyarakat yang tak tahu menggunakan duit dengan betul ni
Bile time utk sedekah manjang xde duit
Tapi utk keseronokan banyak pula duitnye............
Panjang juga luahan rasa kali ini
Bukan niatku utk mengguris mana-mana perasaan jauh sekali utk mengutuk dan mengumpat
Cuma rasa hati ini perlu dikongsi utk dijadikan iktibar dan pedoman
Dan seterusnye menjadi inspirasi utk ke berubah kepada perkara yg lebih baik dr hari ke hari
Amiiin
Taqaballallahu minna wa minkum...taqabbal ya Karim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!