Wednesday, December 26, 2012

Kau Ni LELAKI ke??

tetibe rase nak buat entri ttg lelaki jadi perempuan ....
isu ni dah lama berlegar dalam otak aku...
tambahan pulak jumlah/kuantiti bertambah banyak
kadang2 sampai akun pun yang tak boleh beza....(dah hard core )
so far yang aku tau kumpulan ni boleh dikategorikan 2 jenis
1- lelaki lembut dan tunjuk minat kat lelaki tapi x tukar jantina
2- lelaki lembut, tunjuk minat kat lelaki dan tukar jantina
mungkin ade yang akan kate...lelaki yang khunsa mcmane pulak?
yang tu belum sempat untuk dibahaskan disini...
insyaAllah ade mase....akan cuba aku detailkan
anyway...............topik ni mmg dah lame berlegar di benak kepala
sbb isu ni sekian lama berakar umbi dalam masyarakat...

betul tak???
cube korang bayang sejenak....

time sekolah dolu-dolu ade tak kwn2 korang yang ala-ala nyah sket..
tapi maybe lah mase tu tak obvious lah lagi intention pada kaum sejenis......

tapi dah nampak lah gaya-gaya nyah nye....
bile dikenang kembali....aku pun ade juga kawan yang mcmni

tak dinafikan, dieorng ni mmg baik....
soft hearted, pandai, caring.....sbb tulah dieorng suke kawan dgn perempuan
cume sayangnye.....jiwa mereka ni tak dididik dengan sempurna...
kelebihan mereka telah disalah guna dan akhirnye...tur to be mak nyah.......
apa yang aku nampak........keadaan sekeliling sangat mendominasi personaliti mereka...
maaf aku still x buat kajian menyeluruh,,,,,,this is part of my idea sahaja....

bagi pendapat aku...lelaki itu mmg perlu diLELAKIKAN....
bagaimana?????
back to Islam....
1) LELAKI SEBAGAI KETUA KELUARGA.........


sebagai ketua, ayah/abah/dady/papa/ bukan uppa...(eheheh) sangat berkuasa dalam membuat keputusan, memberi arahan, menjaga hak dan kebajikan keluarga, bertanggungajawab pada setiap ahli keluarga....dalam erti kata lain dialah HE'S THE BOSSS.....identiti THE BOSS ni perlulah di rangka sejajar dengan rangka Islam untuk menjadi tunggak keluarga...
namun sayangnya terdapat keluarga yang gagal menonjolkan watak HE'S THE BOSS ....kegagalan ayah mengepalai keluarga sperti gagal memberi nafkah, tidak menunaikan tanggungjawab dan timbul pula QUEEN Controll....apabila masalah ini berlaku ia sangat mempengaruhi mind anak-anak. Mungkin anak-anak tidak menyatakan dengan jelas namun ia tetap memberikan pelbagai persepsi yang negatif....


1) LELAKI SEBAGAI HERO

lelaki adalah kaum yang sangat mendambakan pujian, harapan, ........
tapi malangnye mereka ni ego....inilah yang menyebabkan kaum perempuan tak tau yang kaum lelaki sangat-sangat mengharapkan pujian, harapan.......
bagi seorang ayah...sangatlah besar jiwa mereka apabila keluarganya (isteri dan anak-anak) sangat menaruh harapan dan kepercayaan kepada mereka....
bagi anak lelaki ...sangatlah besar jiwa mereka apabila dihormati oleh adik-adik dan diberi penghargaan oleh ibu-bapa mereka......
jadi sebenarnye dalam kata yang  mudah....
apa juga tugasan kat rumah tu.... bagi lah lelaki yang buat........sbb mmg keje lelaki pun...
aku pernah berjumpe dengan lelaki lembut yang tak reti lansung buat keje lasak...
sampaikan nak mintak tolong potong daging time korban pun tak mau...sbb tak nak baju kotor...
situasi ni boleh dielakkan jika lelaki sudah dididik utuk melaksanakan tugasan/ tanggungjawab yang berat sejak kecil....
conothnye : repair lampu, angkat gas., dll...
yang perempuan pulak jgnlah menyuruh aje.....bile dah mintak tolong tu....pandai-pandailah ucap terima kasih...buatkan air ke....
situasi mcmni menyebabkan mereka rasa dihargai.......
patutlah aku selalu nampak pasangan seniur yang bahagia ni saling melengkapi...
bila suami pergi ke kebun......isteri pulak akan sediakan makanan/ bekalan dan menemani si suami...
bairpun pun tenaga isteri tak sehebat si suami tuk bersihkan kebun...tapi komitmen kesetiaan menemani suami sangat mengembirakan hati suami......jadi suami akan rasa sangat dihargai.....
apatah lagi kalau kita sebagai ibu/ guru...
beri tugasan pada anak-anak/ pelajar-pelajar perlu bersesuaian.....
contoh aktiviti mengemas....


lelaki- bagi kerja angkat barang/ susun barang
permpuan- menyapu/ lap tingkap.....
ni sekadar contoh sahaja...
mungkin ade yang akan kata...lelaki suke mengelat....erm....itu part lain....sbb nak tackle lelaki buat keje saya tak dapat nak bincang disini, tapi ape pun ibu/ guru perlu latih lelaki dengan kerja yang berat...supaya mereka tau kehebatan mereka...supaya mereka tahu mereka ni HERO!

3) LELAKI ADALAH HEBAT
berdasarkan dua point yang tadi...akan menzahirkan satu personaliti lelaki yang hebat.....mungkin ade yang akan kate lelaki ni ego kuat kalau hebat sgt tapi x bertanggungjawab pun...tapi sebanrnye EGO inilah yang perlu dididik dan disemai ke arah positif....latih jiwa lelaki itu untuk menjadi lelaki....
" SAYA NI LELAKI MANA BOLEH LEMBIK"........tapi tak bermakna lelaki itu tak boleh menangis
" SAYA NI LELAKI MANA BOLEH LEMAH"...tak bermakna lelaki itu tidak meghormati wanita...
jadi apabila mereka rasa hebatnya mereka menjadi lelaki....dirangka dengan kesyukuran ......
maka lelaki itu akan membentuk menjadi lelaki yang soleh.....
apatah lagi kalau ibu dan bapa.....sangat menitik beratkan tentang keutamaan lelaki.....
cukuplah sekadar, memberi ruang kepada anak lelaki yang sudah baligh menjadi imam ketika bersolat jemaah, memberi ruang kepada anak lelaki sekali-sekala membuat keputusan.......ini sudah memberikan ruang utk anak lelaki tahu/ faham tentang tanggungjawab yang bakal digalas...

ISLAM MELIHAT LELAKI...
dalam ISLAM sendiri.....lelaki mmg telah disediakn pakej pendidikan yang sangat sempurna........

1- lelaki ketua keluarga
2- lelaki menjdi wali kahwin
3- lelaki menjadi imam
4- lelaki boleh kawin 4
5- lelaki menjadi qadi
6- lelaki sebagai askar dalam peperangan
7- Nabi/ Rasul daripada lelaki

mungkin ade lagi yang tak dapat aku senaraikan.....
tapi takpe.....kita lihat 1 persatu tanggungjawab yang telah aku shorlistkan...

1- lelaki ketua keluarga : besar tanggungjawab ni, nak kena pikul tanggungjawab isteri, anak, ibu-bapa, adik-beradik perempuan ( kalau x kawin lagi)....sedangkan perempuan yang telah berkahwin akan gugur tanggungjawab kepada parents mereka....tapi kebanyakkannya ????  ramai lelaki lupa tanggungjawab kepada ibu-ayah setelah berkahwin....


2- lelaki menjadi wali hakim : nampak jadi wali ni mcm senang kan...setakat buat ucapan..aku nikahkan dikau..si atun binti si meon dengn...bla bla bla....huhuh...tapi Islam sangat halus...dalam permulaan membina keluarga inilah Islam telah meletakkan lelaki sebagai ketua pemutus SAH...ini menjukkan tanggungjawab wali tadi telah beralih kepada si suami...maka si isteri harus sedar, kini suami bukan sekadar tempat buah hati pengarang jantung...namun perlu hormatilah dia seperti mana isteri menghormati wali/ ayah sendiri .....bahkan lebih lagi...
3-lelaki menjadi imam....Imam ni sangat besar peranan dan tanggungjawabnya..dimana contoh, kalau imam salah bacaan al-fatihah  ketika bersolat menjadikan solat itu tidak sah....maka imam kan menganggung dosa bagi seluruh jemaahnya..perempuan juga ade menjadi imam bagi jemaah yang kecil / hanya bermakmumkan perempuan dan lelaki ( belum baligh) shj dibenarkan...
4- lelaki boleh kahwin 4....dasar ini juga jelas menunjukkan kehebatan yang Allah kurniakan kepada lelaki..bagaimanapun nikmat ini Allah dasari dengan konsep keadilan..cuba bayangkan nak tanggung 1 keluarga pun dah berat...ni kan pulak 4....tapi dasar ini mencerminkan tentang kehebatan dan kekuasaan status lelaki......


5- lelaki menjadi qadi....samalah mcm wali....tok kadi ni mesti lelaki tak boleh lah perempuan...biarpun nampak keje tok kadi nampak simple...tapi perlu ingat tanggungjawabnye berat....contoh, kalau akad nikah pada waktu malam....dah kalau perempuan time malam ni nak fokus pada anak/ keluarga...mana sesuai jadi tok kadi..tu tak termasuk kes perceraian lagi...lagi fening...
6- lelaki sebagai askar dalam peperangan...Dalam Islam, lelaki lah yang berjuang di medan jihad  sementara wanita berperananan memberi rawatan....tidak seperti kebanyakkan filem barat...Wanita juga perlu berjuang dalam medan peperangan mcm citer merlin tulah...gwen mesti follow arthur dalam ape2 mission, perempuan jadi iron lady mcm citer catwomen..citer-citer yahudi ni mmg suke merosakkan minda masyarakat.....wanita tak perlu buat mcmtu tuk nampak hebat...sbb banyak lagi peranan wanita yang wanita laksanakan...sebaliknya bagilah tugas ni kat lelaki......sbb mmg tugas dieorng pun...bahkan pada zaman Rasulullah saw...apabila tiba sahaja seruan berjihad segala -galanya perlu ditinggalkan..
7- Nabi dan Rasul daripada lelaki...part ni paling best...............ade ke wanita yang jadi nabi??? takde kan....tugas nabi dan rasul ni besar....tanggungjawab ini melibatkan ummah....besar ni....
Pekej-pakej ini jika dilihat dan diselami....Islam sendiri sudah menyediakan satu modul pembelajaran KEMENJADIAN LELAKI.....jadi ibu-ibu/ guru-gur....berilah latihan dan tangungjawab yang berat pada anak lelaki...bukan nak mendera tapi nak menjadikan lelaki itu benar-benar lelaki...dan mereka bangga serta bersyukur menjadi lelaki....insyaAllah, mat nyah dapat dinyahkan selama-lamanya........amiin




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!