Showing posts with label Monolog Seorang Guru. Show all posts
Showing posts with label Monolog Seorang Guru. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Selamat Menghadapi SPM 2011



Dap dip dup
SPM esok!!!
debaran kian hangat...
sedia atau tidak ....
SPM tetap perlu dihadapi jua esok
aku doakan anak2 muridku beroleh kejayaan hendaknya
piZap.com free online photo editor, fun photo effects
banyak kenangan yang telah dikongsikan bersama
pahit dan manis
sukar untuk diluahkan dgn kata
namun sgt dimengertikan di dalam jiwa
piZap.com free online photo editor, fun photo effects
nilah gambar2 yang sempat aku rakamkan sebagai kenangan
walaupun mungkin ade yang sudah tiada lagi bersekolah disini .....
namun aku yakin semngat pelajar f5 tahun akan terus membakar
bila dikenang kembali
banyak dugaan yang dihadapi oleh pelajar f5
namun berkat kesabaran dan iltizam
mereka dapat juga mengharungi setiap hari yang berlalu dengan keceriaan
alhamdulillah
piZap.com free online photo editor, fun photo effects
dan sbnrnye dugaan yang datang bertubi telah banyak menyedarkan mereka
aku nampak perubahan yang radikal
pelajar 5A ramai yang bertambah rajin
pelajar 5B pulak bertambah aktif
dan kurang ponteng kelas ...Tahniah

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

aku doakan agar anak murid aku dapat yang terbaik
dan cemerlang dalam apa jua bidang
dan menjadi hamba yang soleh!!!
sbnrnye berdebar bile tgk jadual exam paper aku pulak yang last
ermmm......tak apelah
insyaAllah boleh buat ....
piZap.com free online photo editor, fun photo effects
akhir kata...
ALL THE BEST !!!!

Friday, November 11, 2011

Aktiviti 3 k bersama kelab koperasi


Walaupun bukan lagi menjadi guru koperasi yang sah
namun jawatan sebagai guru penasihat kelab koperasi masih lagi menjadi amanahku
jadinye aktiviti 3k pada 11/11/2011 aku still kene handle
tapi tak ape...aku rela...
so plan punye plan...
buat lanskap yang ikut kemampuan
aku pun bawalah penggali (betol kot namenye) dari rumah
dan aku gunakan semuanya sumber semulajadi sekolah je
alhamdulillah ramai yang tlg
yang bukan ahli kelab koperasi pun tolong
TERIMA KASIH BEBANYAK!!!!


dan sbnrnye tak semua pun yang offer diri nak tolong
mcm si zairul ni...aku je slamber mintak die buat...heheeh
memula mmg die taknak...tapi lame2 die pulak yang terlebih rajin
aku tau die mmg boleh diharap ....
anak murid aku kan semuanya mmg BOLEH DIHARAP..
apa-ape pun..thank alot sbb sudi tolong korekkan pokok bunga keladi ni
daripada duk sepah tepi tu...
lagi cun kalau dimodified semula
tak gitu???


alhamdulillah....banyak jugak yang telah diambil
si Uzair ni mmg baik dan rajin
cume bab cangkul2 biasenye die senyum jelah
tapi kalau tolong ambil cangkul dan simpan cangkul mmg rajin
anyway just kidding
si Uzair lah yang paling amanah
ape je keje yang aku bagi
die mesti laksanakan dengan terbaik
tak kirelah keje sekolah ke, hal kebajikan kelas ke dan koperasi
aku mmg selalu berpuas hati


so sblm berkerja
mestilah posing2 kan
kalau tak rugilah tak dapat rakamkan kenangan terindah ni
tahun depan aku dah tak pegang kelab koperasi lagi
plus dah hujung tahun
so program 3 k ini akan ditinggalkan...
so kenela gambar sakan2
barulah HAPPY =)
tak ke gitu???


lagi posing

dan lagi....mcm manusia pokok pun ade jugak dah...
layan kan ajelah


terima kasih banyak kepada 2 org kenit ni
ikmal dan faris sbb sudi tlg jadi cameraman
ni dua olang budak aaaa
anak usrah aku
aku mmg kenal dieorng sejak dieorng f1
sbbnye budak dua olang ni mmg selalu kene marah ngan aku mase f1 dulu
skrg aku dah malas marah
sbb nye aku suke tgk muke dieorng yang cute
especially si ikmal...
sweet sgt kalau senyum...=)


dalam busy+ busuk menanam pokok bunge aku dikunjungi pulak oleh budak f5
ehehehe...datang nak mintak maaf
biaselah nak peksa
cume aku terkejut juga dieorng cari aku sampai kat situ


" saya busuk ni ..lagipun kotor dgn tanah...camne nak bersalam"
eheheh...idea jahat nak kenakan dieorng
most of the time aku mmg suke sakat anak murid aku
rase mcm PUAS bile tgk dieorng kene sakat
SATISFY gile...!!
sbb tu lah aku ni jadi ustazah rock
ape kesah....
so nak jadikan citer....
aku pun ambilla gambar
dan sbnrnye dalam sempoi 2tu sgtlah BESAR HARAPAN AKU
untuk dieorng berjaya
sungguh....
sungguh besar harapan aku
cume aku tak mampu untuk meluahkan
kerana kalau diluahkan
mungkin ....air mata ni akan berderai
ok stop..


yang ni gambar dgn pelajar lelaki pulak
ntah camne pulak
ade gak yang gatal tgn
suke benor buat aku camtu
tapi normal la kan
budak laki mmg nakal la sket
faham sgt...

so sambung balik pasal 3 k
nilah antara bebudak koperasi yang ada
yang lain dah lonyap...
heheeh...ponteng...mentang2 lah dah nak cuti

kerana mmg banyak tenaga yang diperlukan
ramai jugak yang menghulurkan tangan
ni pulak
antara pelajar kelas aku
4 Ibnu Sina yang turut sama membantu
cangkul ye munir

si aziz ni dah mcm supervisor pulak
tukang tengok je si dafi ni buat keje

yess farid mmg rajin time ni
nampak sgt bersemangat
cume ade something yang kelakar
kebetulan sorang staf sekolah mintak aku bagi surat denda kepada
beberapa org pelajar kelas aku
sbbnye dieorng hilangkan buku @rosakkan buku teks
tak semua org yang dapat surat tu
so time bagi2 surat tu
tetibe si Farid ni boleh pulak menjerit
"Yes...yes...aku berjaya"
" Ape yang berjayanye farid?...berjaya simpan buku teks ke?"
mungkin die sgt happy sbb die dapat tak di denda atau
mungkin die happy sbb die berjaya menyimpan buku teks dengan baik
ahahaha
kepada FARID
munir dan gadafi yang sudi tolong
thanks !!
dahla tanah tu keras dan banyak batu
kalau tak ramai tolong
confirm ajk koperasi akan cepat penat dan boring
so dah settle tanam
so nak lah hias sket2
setakat letak batu2 besar je kat tepi2 pokok tu
kiteorng pun gi lah ambil batu2 kat tepi2 sungai
nilah part yang best
dieorng campak je batu tu dari seberang sungai
so sorang lagi standby dalam sungai
so yang duk dalam sungai lah yang akan baling kat side lagi seblh
sungai ni cetek je
tapi kalau ujan
kerbau pun boleh hanyut

thank a lot ya hanif sbb dengan rela duk dalam sungai tu..eheheh
yess setel ambik batu
time ni dah almost 10.00 am
kene cepat bergerak..sbb program ni tamat pukul 10.25



after susun batu
alhamdulillah .....siap jugak
tanpa perlu mengeluarkan duit satu sen pun
tapi ni jelah kemampuan aku
mungkin tidak sehebat mana
tapi aku mencuba
setakat yang terdaya
dan juga kepada semua pelajar yang menghulurkan bantuan
me n rabiatul
kalau tak silap...name die fatin...(lupe pulak)
anyway...nilah 2 org perempuan yang bekerja di belakang tabir
walaupun perempuan apelah sgt kan kudrat
tapi mmg dieorng ni superb...
from early beginning until the end...
thanks my dear
terima kasih sekali lagi
insyaAllah pepohon itu akan terus berzikir
dan terus berkhidmat membekalkan oksigen untuk kita terus bernafas
dan insyaAllah setitik peluh yang dititiskan itu tidak akan jadi sia-sia
dan ianya akan tetap dinilai oleh Allah SWT
hatiku berbisik
Mungkin juga pokok itu akan patah, mati, rosak ...
Tapi tak mengapa...
Kerana tiada yang kekal di dunia




Thursday, November 10, 2011

Sambutan Hari Lahir Bersama 4 Ibnu Sina



what a wonderful day...alhamdulillah
sebaik saja habis bacaan Yaasin pagi tadi
pelajar kelas aku 4 Ibnu Sina
jemput aku untuk makan kek



ya Allah...aku sgt terkejut time tu
dieorg sanggup sponsor kek untuk aku
mase tuh tuhan jelah yang tau
air mate seolah-olah menunggu masa je
tapi aku controlll
lagipunn time tu rase sgt happy
tak tau nak cakap mcmane lagi


ade 2 kek ...sbb tarikh birthday aku same dgn sorang lagi student
aku sgt berterima kasih kepada pelajar yang sgt teruja untuk sponsor...
rase sgt beruntung sgt menjadi guru kelas 4 Ibnu Sina
terlalu banyak cerita dan pengalaman
yang mematangkan aku selama bergelar guru kelas
dalam banyak situasi aku rase bersyukur jadi guru kelas dieorg
and because of them...
aku bertegas untuk terus menjadi guru kelas lagi pada tahun hadapan
insyaAllah...

Wednesday, November 2, 2011

Singapore datang lagi

sibuk sungguh sessi persekolahan 2011
program demi program tiada henti
sedangkan tugas hakiki sedia menanti
huh.....pujangga baik pulak aku ni
ntahlah difikir-fikir
mmg best dan bagus program lawatan (exchange program) ni
tayangan video dan persembahan formasi kadet polis dieorg mmg terbaik
dan aku seronok sbb kalini student dari sekolah greenview ni majoritinye melayu
so tak perlulah nak tergeliat lidah speaking sgt kan
cume yang aku kesalkan sikap sesetangah pihak ni
setiap kali singapore datang (kali ni je dah 4 kali datang)
mesti kecoh nak buat dual languages
ooo pls...
dieorng faham lah bahasa melayu
lagipun tujuan dieorng datang ke sini
sbb nak exchange program
so apelah salahnya dalam program ni
tradisi utama ditonjolkan
ni tidak
setiap kali lawatan
kami warga sekolah terpaksa berhempas pulas
gembeling tenaga mewujudkan suasana yang retorik
huhuhu...kejam statement aku
sbb aku adelah org yang jujur
jadi diri sendiri
so aku rase sukar untuk menerima untuk menjadi hipokrit ini
tapi aku telankan aje..
sbb akulah "YANG MENURUT PERINTAH"

Saturday, October 22, 2011

Program Tazkirah Jumaat



alhamdulillah...
aku bersyukur kepada tuhan kerana aku berjaya juga anjurkan program tazkirah
program tu mmg simple pun
dah lame aku nak buat
tapi kesibukan waktu
dan ketaiadaan bahan menyebabkan semuanya tertangguh
so smlm dgn bantuan pelajar
prgram itu berjaya juga diadakan
aku memilih untuk beri tazkirah ttg tokoh wanita Islam
Fatimah Az-Zahra
simple dan menarik
diharapkan pelajar dapat menghayati tokoh dan mengamalkan dalam kehidupn



thank alot pada kak zaitul...sbb bagi guna lcd...
sbb sekolah masih kekurangan lcd...

Tuesday, September 6, 2011

koperasi

pengalaman selama hampir 3 tahun menjadi guru koperasi
mmg pengalaman yang sukar aku lupakan
dan sepanjang tempoh ini banyak yang telah aku pelajari
bermula dengan tahun 2008
waktu itu koperasi telah lame tidak dapat diselenggara dengan baik
kerana ketiadaan guru
dan aku mulakan secara perlahan
bersama seorang lagi guru iaitu Nurul Natasha
untuk tahun pertama
mmg banyak kesilapan
kerana ketiadaan ilmu
dan diwaktu itu kami sendiri tidak tahu
nak menuntu ilmu dengan siapa
zerooo
dan akhirnya bile closing akaun
rugi!!!!!!!!!!!!!!!
ketika itu berat sungguh aku rasakan
dan bermula tahun kedua
aku selalu mencari kursus
yang dianjurkan oleh SKM, MKM dan ANGKASA
mase tulah baru aku kenal ttg ANGKASA ,MKM dan SKM
dengan itu bermula lah era baru
semakin banyak ilmu yang aku perolehi
semakin bersemangat lah juga untuk aku bantu koperasi
dan kali ini ade perubahan
untung sket...
tahun ketiga....
aku rase semakin stabil
sbb dah tau selok belok
namun apekan daya
aku sibuk dengan praktikum
kerana aku masih lagi guru GSTT
apekan daya
program tidak dapat dilaksanakan dengan baik
aku rase kecewa
kesilapan kecilku diperbesarkan
aku tidak minta pengorbanan aku selama ini diperbesarkan
namun sikap sesetengah pihak
terlalu begitu merendahkan aku
menjadikan aku sebak
apakan daya nila setitik rosak susu sebelanga
sukar untuk aku luahkan
sukar juga untuk menerima
aku berbelah bahagi
aku mohon agar Allah memberi taufik dan hidayah
agar tidak nafsuku tunduk dengan amarahku
amin

Thursday, February 17, 2011

thursday thussssss

pagi-pagi lagi kete ni dah buat hal
taknak idup pulak
ermm....nak mintak tlg sape ni
" dik nape kete tu?" ...
" entahlah mak tak nak idup pulak"
" mungkin bateri "
" tapi baru setahun .....tapi tak taulah ".....
itulah senario yang aku lalui pagi ni...yes !!! my car broke down....
aku call kwn2 aku, gpk and foremost my lecturer Dr Abd Razak...
luckily everything going fine....
.................................

seperti yang dijangka my batery pun hal la kan....
rm 180 melayang...
badan aku rase lemah sgt mungkin terkejut
tapi aku happy sbb boleh pergi kelas

.................................
"datang ke?"
"ingatkan tak datang, relief dah siap pun"
"saya datang tapi lambat je"

aku cube kumpul tenaga untuk kelas 5b....
yes, as usual sorang cikgu khb ini ...
time aku nak ngajar selalu nak menyibuk nak gune kelas
so suruh aku pindah kelas
pk hal die je....
bukan nak mintak atau tanye kat aku elok2 ....
" saya nak pakai kelas ni.......boleh"...die dah masuk kelas tu pun.....can i say no!!!
meluat...i always face the same problem dgn die. die he ask me politely...or did he discuss with me or class teacher...no...he just do want he want to do...always like that...

..................................................

about 10 minutes,
i got call...
" kelas tak jadi pindah"...
damn...always be a doll....
always like that....
sesuke hati je...
layan kan aje perangai org - org seniur ni

....................................

aku kesian dgn student aku
pindah-pindah, mesti penat
library ke khb tu jauh
....................................

geram + sedih + meluat...
aku meluat dgn sikap pelajar yang berperangai tergedik-gedik...
jujur...
tapi aku terima dan telan jua
tapi harini ni
sikap mereka melampau
apalah maksud mereka...
seronok agaknya ...
setiap aktiviti ade je selit benda yang aku tak suka
aku penat....aku fade up
pass handout pun buat bodoh je...
aku juga yang kutip bile dah terjatuh
ermmm....
aku seolah-oleh dah takde kekuatan harini
dan akhirnye aku halau je kumpulan pelajar ni keluar
aku takde kuasa nak berdepan dgn semua ni dalam 1 hari....
cukup....
aku tak berdaya....



Ya Allah, permudahkan lah urusan ku pada harini





Wednesday, April 7, 2010

wah wednesday

mulakan hari dengan solat
semoga diriku tenang, aman.....dan fikiran yang lapang
semoga aku tak mudah mengalah dengan masalah yang ingin menundukkan
dan semoga musuh yang mencemburuiku gentar dengan personaliti
itulah doaku
bukan aku mengharapkan aku sentiasa dikelilingi musuh
aku tidak berminat untuk mencari pergaduhan
namun jika itu yang dimahukan
hanya pada Allah aku berserah
dan dugaan yang aku hadapi pagi ini.......
banyak....
nak kate getir tak lah pulak....
tapi alhamdulillah
berkat dengan pertolongan Allah semuanya terasa mudah...
bermula dengan aku menyedari tayar kereta ku pancit...
aku dah sedar dari smlm kereta rasa lain mcm
tapi aku dah pam tayar..
nampaknya tak dapat diselamatkan...
tapi tetap tabahkan hati...
alah...petang lah lepas koko....
so aku hold dulu...
jalan kaki dari asrama ke sekolah
i ve got call from someone
tanye aku kenape aku ambik pokok bunga kat sekolah
ramai pihak tak puas hati...
aku jawab je....
arahan pengetua...
pengetua arahkan tanam pokok kat asrama
dan mintak maaf la...pokok tak dapat dipulangkan semula kerana dah dikeluarkan dari pasu
sbb direct je tanam kat tanah...
ahahahah....
tak dapek nak nolong....
apelah yang kecoh sgt ...aku ambik dalam 6 pasu je dari almost 100 vase....
banyak lagi....lagipun aku ambik dan tanam kat asrama...dan duit beli bunga tu pun mmg duit asrama...dan aku buat atas kebenaran pengetua....
dah ketua bagi green light....tamat....
aku citer kat member aku
ramai gak gelakkan aku...
sape suh tanam kat tanah...
aku pun gelak jugaklah..
tapi aku Yakin Allah tau kenape aku buat mcm tu
dan aku yakin aku kene positif...yea...
then time aku nak gi surau aku jumpe tukang kebun
datang asrama...
rasenye die nak ambik pokok bunga tu balik...
tapi ape nak buat...
lanskap yang aku dah plan
dah siap...
taklah cantik mcm pro
tapi ok dari takde
aku diberitahu tukang kebun tuh ade juga nak letak pokok kat asrama
tapi tak apelah
bagi jelah sebagai tambahan
hik hik hik
aku jumpe tukang kebun tu
slow talk...explain everything
he seem understand
tapi terbayang jugakla muke die frust
die cume kate die takut kalau tanam kat asrama takde org yang akan siram...
but i tld him that my student will do that...
so we both agreed to accept that....
then aku gi jumpe penyelia asrama
bagitau die enjin motor air tak idup
so air tak masuk kat tangki
die leh marah-marah aku
suh aku cek bende yang aku tak tau
that time suara aku tuka tone ....
dah malas nak lembut lagi
" saya ni cikgu tau tak....bukan setakat warden je...saya nak kene handle perkara lain sket "
" awk tu penyelia saje tu ....pasal paip pun saya kene repair sendiri pulak....ntah ape ape ntah"
bawak bersabar cikgu...sapa seorang tukang kebun...takpe, saya tolong cikgu...
we both walk to hostel, as i expect the motor is down...mati tanpa sebab...tapi luckily itcan start again...tapi tu pun secara tak sengaja....but please...aku mmg tak berani sentuh benda tu...
kalau nak suruh aku repair sendiri...agak -agak la..
cikgu perempuan kene memanjat....
all this while mmg penyelia taknak fix the big problem...they come with many idea but when it come with the problem they just leave it.
tapi tape yang penting dah settle.
after dah settle pasal air i move to my tyre....
ni simple je gi kedai tyre...then org tuh datang skolah...change to spare part tyre...fix it....ok already.
after that gpk inform aku yang pengetua dah setuju dgn supplier photostat
erm....
celoteh-celoteh.....so lastly kene lah terima juga
n we 'll se what will happen next..

Tuesday, May 5, 2009

ANAK YANG TERBIAR

Ya Allah...
bebanan tanggungjawab kian menyebabkan bahu ku ni patah
ntahla...
Akhirnya ku temui juga sedikit demi sedikit penyelesaian
Insyaallah...aku cube sahaja ape yag terdaya
Banyak yag ingin ku bicarakan disini..namun apekan daya..
Aku perlu utamakan kerja dan tugas...
Maka disini aku ingin luahkan masalah masalah yang aku hadapi sebagai guru...
Moga usaha ini akan membuahkan idea dan cadangan daripada pembaca yang lain.
PAgi ini aku menerima panggilan talifon daripada penjaga pelajar...
Ada isu penting katanya...
Hatiku berdebar...
Makcik tu aku sudah kenal...
Kebetulan banyak isu betul dengan makcik tu sebelm ni...
Anak sulong kot masuk asrama...so besala banyak masalh
ok str8 ti to the story...
Makcik Z cakap pada aku , sorang palajar perempuan bernama N...mcm nama aku je...heheh
N menghadapi masalh di mana die adalah mangsa perceraian parents...skrg ni N adalah di bawah jagaan si Ayah...
menurut cerita si makcik Z...ayah N telah pun bernikah lain....
Namun ape yg menyedihkan setelah berkahwin lain...si ayah semakin menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab...si ayah telah menuruti hasutan bini baru @ ibu tiri N...
N tidak dibenarkan pulang rumah....sememangnya N kini menginap di asrama...
Namun bagaimana ? setakat mana seorg budak berumur 13 thn mampu menghadapi ini semua...
Dan tidak lama lagi cuti penggal akan tiba...
kemana pelajar ini akan pergi....
Menurut makcik Z, last week pun N tidak balik rumah sebaliknya menginap di rumah kawan...
Kesiannya pelajar ku ini....perlahan-lahan air mata menitis...berat sungguh bebanan perasaan pelajar ku ini....
Makcik Z meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ku...besar harapan untuk aku bersama-sama menyelesaikan masalah ini...
Kenapalah seorang ayah sanggup membuang anak sendiri...
Sedangkan terlalu ramai org yg ingin memiliki anak tapi tidak berkemampuan...\
Mengapa ?
Monolog....
" hentikan"
Aku perlu berbincang dengan setiap pihak...keluarga pelajar, pelajar dan pengurusan sekolah....
Bersambung.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!