Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Nur Syifa Qalesya



Inilah cucu aku yang pertama
Bukanlah cucu sebenar
Tapi hampirlah juga
Sbb ini adalah anak sulung kepada anak buah aku yang sulung
Banyak betul sulung

Terdapat 1 keistimewaan pada nama ini
Nama yang simple
Syifa....

Masih segar dalam ingatan
Sewaktu kelahiran syifa tahun lepas
Syifa lahir normal
Cume dia tidak berape sihat
Dan ditahan dalam inkubator

Kami tidak dibenarkan untuk melawat
Sedih.....
Aisyah ( ibu syifa@ anak buah aku)
Nampak penat dan sedih...

Waktu itulah timbulnya idea
" Kau letak name anak kau ape?"
" Tak tau lagi maksu"
" Sementara takde name ni....ape kate panggil name die Syifa
Syifa bermaksud penawar....mudah-mudahan sembuh"

Alhamdulillah.....
Selang beberapa hari
Syifa sembuh

Kami sekeluarga bersyukur
Dugaan yang datang
Telah dapat dilalui

Akhirnye anak buah aku
Memilih name Nur Syifa Qalesya
Nur bersempena name aku ( eheheh)
Syifa bersempena penawar ( aku juga yang suggest)
Qalesya ( nenek die suke name ni....sempena drama Qalesya)

Hari berganti hari
Kini syifa @qalesya dah besar
Mak aku selalu cakap
" Tak sangka, dulu 50-50 je
Tapi sekarang bukan main lagi "

Subhanallah .....
Kuasa tuhan
Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal
Selebihnye serahkan kepada Rabb....



Alina Bt Md Alias


Ke hadapan kakcik ( kakakku)
Walau dimana juga kau berada

Kakcik......
Kemana kau menghilangkan diri???
Setelah hampir 2 tahun kau mendiamkan diri
Bersama suami Azmi bin Aziz
Bersama anak Afifudin bin Azmi, Aiman bin Azmi dan Arfah@Intan binti Azmi
Apakah kesalahan lalu terlalu berat
Untuk dimaafkan
Ataupun kesilapan lampau terlalu memeritkan
Untuk dipadamkan

Apakah ?????
Soalan yang tiada jawapan
Terkadang adik memilih untuk diam
Bukan kerana terlalu kejam
Bukan tidak berperasaan
Bukan kerana benci
Namun diam demi kebaikan
Andai langkah ini salah
Maafkan adik
Andai bicara ini juga mengguris rasa
Maafkan adik

Kakcik
Mak sentiasa sebut nama kakcik
Menyebut nama cucunya
Sentiasa.............

Kami dah cuba cari kakcik
Adik dah cuba pelbagai cara
Namun apakan daya
Semua menemukan langkah buntu

Andai ada ruang rasa
Bukalah lebih luas
Sementara masih ada peluang
Sementara diberi nafas

Pulanglah kakcik
P/S ( sesia[a yang ada maklumat tentang keluarga ini, harap boleh beri maklumat kepada saya)

Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya aidil fitri

masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita
lagi 2 hari Ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kita
dan hari yang ditunggu akan tiba
Eidul Fitri Eidul Mubarak
bakal menjelma

sebagai guru
aku sentiasa dihujani
persoalan
raya yang kian membosankan
daripada pelajar

maka aku kembali menyoal pelajar ku
" mengapa awk rase raya sudah tak best?"
* duit raye sikt
* malas jalan raye
* rancangan tv best
* kuih raye tak sedap

banyak lagi jawapan yang dieorng bagi
ade logik
dan banyak yang tak logik
tapi aku terhibur juga

maka aku pun bagi solusi aku sendiri
jawapan yang tidak diberikan lansung oleh mana-mana pelajar
" Apakah maksu fitri???"
Fitrah cikgu
" Apakah fitrah kita sebagai manusia?"

kelas menjadi sunyi....
mungkin takde idea nak jawab ape...
so aku bagi hint....
" Bayi yang baru lahir ade dosa tak??"
takde cikgu
" jadi itulah fitrah manusia, asalnye kita lahir di dunia ini tidak berdosa"

maka itulah sebenarnye motif eidil fitri
kembali kepada fitrah
menyucikan diri dari segala dosa

sbb itulah kita dituntut untuk saling
menziarahi dan bermaafan
di hari raya
insyaallah kita akan melalui
hari raya yang lebih bermakna
dan bererti
lebih menyeronokkan
dan mendamaikan
dan anak murid ku semakin mengerti

maka bersama-samalah kita
melakukan anjakan paradigma
semoga hari raya yang bakal disambut
menjanjikan kemanisan
amin


Monday, October 12, 2009

AKu Pilih Kwn

antara memperjuangkan prinsip dan kwn
mane satu yang harus aku pertahankan
isu ini terus berlegar dlm kepala
hingga aku mencapai kate putus
aku nekad
biarlah aku memilih kwn
dan kuburkan prinsip
biarpun aku ni org n9
yang kononnye
biar mati anak tapi jgn mati adat
tapi pls
hakikatnye jiwa aku akan meronta-ronta dan merana
seandainya aku kehilangan kwn
semata-mata aku cuba mempertahankan prinsip aku
prinsip yang mungkin akan berubah juga suatu hari nanti
tapi sahabat baik
susah nak cari
yup....
mungkin hari ni die tersilap langkah
tapi setiap org pernah buat mistake juga kan
so apelah hak aku utk prejudis
aku pun sentiasa buat salah
tapi aku harap sgt
sahabat aku berubah
semoga die sedar
ape yang aku buat
adalah utk kebaikan diri die juga...

Friday, October 9, 2009

aku yang semakin pudar

aku sendiri gagal menemui jwp
mengapa kini aku semakin malap
jiwaku tenggelam ke suatu arah yang jauh
dan sinar ku semakin surut
aku juga gagal menemui
cahaya yang kuharapkan
yang mampu menerangi aku
yang aku tahu
jiwaku kecamuk
mindaku kelam
kata-kataku pasif
senyumku hambar
di mana silapnya????????
apakah silapku ??????
dan aku semakin mual muak
dgn sikap ku begini
arggghhhhhhhhhhhhhhh

Monday, September 28, 2009

Melawan Kepedihan

aku kah yang bersalah
andai aku yang bersalah
maafkan aku
aku jua insan pelupa

andai nya kau yang bersalah
telah lama aku ampuni
biar berkali
kau bersalah
ttp ku ampuni

kerana Allah Maha Pengampun
namun maafkan aku
kali ini kepedihan semakin mendalam
biarkan aku berlalu
biarkan aku merawat lukaku sendiri

maafkan aku
kiranya fikrah ini salah
aku hanya mampu mengelak
daripada terus saling menyakiti
dan terus berdosa
biarkan aku begini

mengambil ruang bersendiri
bertafakur monolog diri
supaya diri mampu kembali
dgn diri
yang tulen dan jati

aku berdoa kepada Allah
ampuni segala keterlajuran kata
yang sering disalah erti
apatah salah laku
yang menyakitkan hati
empunya diri

Munajatku
Ya Allah perbaikilah akhlak ku
maniskan perkataan ku
dan ikhlaskan hatiku
serta permudahkan urusan ku
amin ya Rabball Alamin

terima kasih
sahabat cerminanku
menyelusup ketubuhku
menyentuh stp sudut tubuhku
agar tampak kecacatan ku

teruskanlah
kerana itulah
sahabat sejatiku

Tuesday, September 22, 2009

I can wait

bermain kata dan minda

ilham ku bersatu

meminta restu

apakan daya

renungan mata

tak bersatu

bicara hati

tak bertemu

kau dan aku

masih di pentas

pentas tanpa gerak tari diatur

kau dan aku

masih mencari

aturan langkah

kau dan aku

masih tersipu

dgn langkah sendiri

kau dan aku

meneroka bebas

haruman bunga

yang akan layu

namun firasatku

berkata

kau dan aku akan

akan bertemu

dlm pola

yang sama

yang direstui

dan kini kau dan aku diuji

dan aku pasrah

kerana

aku masih lagi begitu

setia menunggu....

Wednesday, September 16, 2009

mulakan kembali

aku kembali berfikir setelah berkali kali berfikir
berfikir mencari kebenaran yang sukar dimengertikan
namun aku masih disitu
termanggu dagu gagal bertatah
longgar lembik lemah lesu
aku yang .......................

aku terlalu berharap
terlalu berharap pada insan yang turut berdosa
sedangkan si maksum dan al-Kamil telah ku lupa

dan kini aku kecewa
kecewa dipermainkan insan2 yang kudamba
pengkhianatan, penipuan, kebencian, dendam
dan aku hanya mampu menyimpan rasa
mengumpul segala amarah

aku sudah bosan
menitiskan air mata setiap kali dikecewakan
mengeluh hampa pabila tidak diendahkan
kesal kecewa pabila dipermainkan

aku simpati
pada diriku sendiri
dihasuti noda-noda
membiarkan diri
untuk terus disakiti
seolah diri tiada erti

aku kecewa
dengan diriku yang sentiasa mengejar
mimpi yang tiada berkesudahakn
khayalan yang tiada batasan
amarah yang tiada sempadan

kembalinya tinta madah
berpuitis
kuharapkan
bunga hati ku turut berkembang
kembali murni mewarnai diri
suci bak sutera
kilauan bak mutiara di lembah dalam

pujukla hati ini
biarkan la segala-galanya
sesungguhnya Allah lebih mengetahui
dan
kekecewaan ini akan terubat
dan aku akan lebih kuat
amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!