- Guru hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam
- Guru itu seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah
- Guru sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya
- Guru hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar
- Guru hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya
- Guru hendaklah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan teliti dalam pelaksanaan
- Guru mampu mengawal dan mengusai pelajar dengan cara yang baik serta tegas dalam proses p&p
- Guru mengambil tahu tahap kebolehan pelajar yang diajar bagi memastikan kaedah yang betul dapat digunakan dalam proses p&p
- Guru peka dengan perkembangan semasa dan pengaruhnya terhadap perkembangan pelajar, agar pendekatan terbaik dapat digunakan dalam menangani mslh p&p
- Guru hendaklah bersifat adil terhadap pelajar dengan tidak menunjukkan kecenderungan ketara terhadap golongan pelajar tertentu
sumber asal : http://www.ukm.my/jiae/pdf/5_0.pdf, al-Nahlawi, Abdul Rahman : usul al-tarbiyah al-islamiyah wa asalibuha. Damsyik : Dar al-Fikr
Saturday, March 10, 2012
Sifat dan Ciri Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment