Showing posts with label master. Show all posts
Showing posts with label master. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Id User Gemilang Portal


Baru2 ni aku lupe camne user id utk aku log in dalam gemilang portal
Gemilang portal ni utk akses buku2 dan koleksi UKM
so aku pun call librarian ....
aku just lube 2 no kat dpn je
the librarian was very nice ........
so barulah aku ingat aku kene tambah no "30" kat depan no matrix aku tuh...
eheheh........password pulak....pssword smpweb....


user id ni sgtlah berguna
dan paling penting untuk cari jurnal on9
betapa bernilai user id ni...huhuhu 


banyak jurnal tu....
kalau tanpa id library ni......uit mahal................
1 hari mau kene charge puluh hinggit.
faham jelah....kalau dah jurnal international
tapi tulah masalahnya
aku masih tak expert dalam surfing jurnal ni
so mase aku call org library tadi 
aku sempat lah tanye kot ade kelas khas untuk mendalami 
pasal2 jurnal2 ni.,
so librarian ni suruh aku cek kat on9
kat sini la............


bile aku klik......
aku tak nampak sgt bende yang berkaitan
kecuali ni.....
tu pun kene at least 5 org.......
ermmmm
mcm payah je ..............

nampaknye kenelah aku self study......
sbnrnye mmg dah selalu pakai jurnal ni
cume eheheh.....
aku harap sgt bende ni boleh akses jurnal dari IPTA malaysia...
ehehe...........kalau ade IPTA lain
maka adelah jurnal bahasa melayu...
nampak!!!!!!!
nampk sgt kemalasan aku kan kan......
nak yang mudah aje...
hohohoh..............
eheheh...........

Wednesday, November 28, 2012

Tukar Kad Matric

Erm....Dah penat dah cari kad matrix ni

Rasenye mcm pernah nampak 
Tapi kat mane ????
Erm........last2 aku cume jumpe kat matrix sekolah aku je
oklah dah mmg buat final decision ni..

mmg nak apply je kad matrix baru...
tapi tak sangka...UKM dah upgrade sistem...

apply kad matrix on9.....
nak tersedak kot....

huhuhu............
bagus bagus......

nampaknya lagi senang lah kalau ade sistem mcmni
huhuhu....boleh tahan jugaklah harga denda yang aku kene RM15.00
tapi 1 je lagi maslaah aku skrg
aku xda gambar passport...
hermmmmmm
banyak kali dah ambik gambar passport
tapi x tau la letak kat mana....
huhuhu
aku kene cari juga ni...
susah xda kad matrix ni...

Kisah Abu dan Air

Assalamualaikum........
Entri kali ni, aku nak share lagi ttg pengalaman aku ber"master"
ALhamdulillah dah masuk half sem pun.......
AKu sangkakan sem kali mungkin lebih ringan sket memandangkan cuti sekolah...
Tapi idok pun......
Mcm-mcm keje rupenye menanti.........
Dan 1 yang aku semakin sedari......
Master ni sangat menguji mental dan emosi
Aku nasihatkan sesiapa yang nak sambung master tu
Lebih baik fikir masak.......
Sebab terlalu banyak kemungkinan yang berlaku...
Air mata dah banyak kali mengalir
Adrenalin pun dah penat melompat-lompat....
Kadang2 rencah kehidpuan ini menyebabkan kita alpa...
That time we should know that we need some new perspective...
AKu nak share satu kisah yang aku dapat dari program Dato Fazilah Kamsah..Selami Jiwa

Kisah abu dan air...........

"M" lelaki telah berjumpa dgn seorang yang  boleh dikenali sebagai "N"
lantas "M" itu menceritakan ttg masalah dirinya kepada "N"...
"N" meminta "M" untuk menyediakan 1 gelas air yang dicampurkan dengan 1 sudu abu...
N : Cuba kamu rasa air tersebut
M : Pahit ( jawab M)
Kemudian N sekali lagi meminta M mencapurkan 1 sudu abu dalam sebuah perigi...
N : Nah, sekarang cuba kamu rasa air ini pula
M : takda, rasa apa-apa.........

Maka N bekata
" itulah masalah....sentiasa ada dalam kehidupan kita...namun apa yang membezakannya adalah bekasnya..jika kecil bekasnya..maka terasa pahitlah masaalah itu..namun jika besar bekasnya...maka tiada apa-apa kesan pun masalah itu...Maka besarkan jiwa untuk memadamkan masalah itu"

Air mata ku mengalir perlahan ......
HAnya Allah lebih memahami rintihan jiwaku saat ini..
Betapa sayangnya Allah pada hambaNya...
Hanya sekelumit doa dan rintihan yang aku kirimkan padaNYA
Seluas rahmat yang dikurniakan....

SaAT Buta dalam mencari arah.......
kadang-kadang setiap dugaan yang aku tempuhi, aku tempohi dengan kelekaan semata-mata
Dasar keimanan seolah-olah roboh dek hasutan nafsu dan emosi semata-mata
Sesungguhnya pabila hatiku seolah-olah terdengar bisikan agar kembali....
Maka saat itulah hati seaakan luluh..kerana telah kalah oleh nafsu..
Astaghfirullahhala'zim...

Kadang-kadang rasa hati, yang ego dan bangga mmg selalu merajai hati
AKhirnya menjatuhkan diri ke lubuk yang amat dalam.......

Kadang2 dalam pencarian perspektif baru dalam kegagahan jiwa...
Nur yang dicari soelah-olah malap
Suram dek jiwa yang kotor...
Panjatkanlah doa...
Mujahadah kepada pencipta yang Maha Pendngar dan Maha Memahami...

Kadang2 aku sendiri keliru apa antara kemahuan dan keperluan
Semoga Allah memandu ke arah kebenaran...
Amin

Tuesday, November 13, 2012

SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI REMAJA MUSLIM


Alhamdulillah....dah lepas pun berseminar SKTRM pada 10-11/11/12...

seminar ni diadakan di PUsat Pengurusan Siswazah UKM...
dengan bayaran rm 10...

rase berbaloi sgt...
dapat ilmu, dapat makan, dan dapat goodiess


dapat beg
  

buku-buku
 best jugak dewan ni...ade banyak lcd....ade 3...ni yang side punye

 \seminar ni dirasmikan oleh YB Dato Dr Mashitah


Aku suke dgr die berucap....die mmg pandai berucap....no wonder lah boleh masuk politik

 

yang ni mase hari ke dua
dah dtg lambat ..
so aku duk sorang2 lah kat belakang






ni Puan Ros....pengasas Raudatuss Sakinah..
ucapan die pun best juga


ni mase penutupan majlis

 

ni pulak saje2 gatai nak ambik gambar...heheh
 tamat... suda alhamdulillah
sbnrnye gambar sket je ni
sbb aku bnyk ponteng
aku just dtg yang mane aku nak dgr ...
hhihii...nasib baik wajib kalau tak lagilah memonteng...
huhh..........

Saturday, September 29, 2012

Getir MAsterku


Ya Allah aku rasa benar-benar tergugat dengan dugaan yang aku hadapi hari ni... untuk hampir beberapa jam aku "monyok" dan suram........ kalau ikutkan mood...mmg aku nak je terus tido dengan harapan melupakan peristiwa tu dan mengharapkan hari esok akan memberikan sinar yang membahagiakan...namun aku akur dengan tugasan utuk subjek PERADABAN DUNIA DAN TAMADUN ISLAM yang perlu present hari esok, aku GAGAH kan diri dan mencari-cari semangat yang hilang sebentar tadi...Aku yakin Allah lebih mengetahui apa yang sedang aku rasakan kini... 

Aku berkenalan dengan seorang pelajar master UKM, dari Iran (SYIAH). Perkenalan kami sangat singkat di mana awal perkenalan kami disebabkan X bertanya kepadaku tentang asrama di UKM. Sepanjang tempoh kami berkawan x sampai 1 minggu aku dapat merasakan sesuatu yang x enak ttg X. Secara ringkasnya X mengajakku "kahwin muta'h"..Astaghfirullah, nauzubillah........tak mungkin aku dapat terima, dan bagi aku amalan yang menjadi amalan syiah ini hanyalah menganiayi kaum wanita..Maaf aku bukan seorang yang alim utk menghuraikan hukum kahwin muta'h. Namun aku cukup yakin mazhab syafie x menghalalkan perkara ini. TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!!!!...

Aku menyatakan secara tegas menolak permintaan X. Bahkan aku mmg xnak lansung berjumpa dengan dia sekalipun sekadar berkawan kerana X sangat tegar mempertahankan fatwa SESAT yang dianutinya..Aku masih ingat lagi ketika dia mendesak aku untuk datang kerumah dalam sms yang berbunyi X:" X KISAHLAH KITA JUMPA KAT UKM ATAU MANA2, LEPAS TU AWK DATANG RUMAH SAYA" I: " LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM X BOLEH JUMPA DITEMPAT2 MCMTU" X: " KITA BACA DOA DULU UNTUK MENGHALALKAN SUPAYA KITA X BERDOSA." I: " MAAF, SAYA X BOLEH " I: " INILAH CARANYA KALAU X TAK PERLU KAWAN" I: " OK, KITE OFF"

Aku kongsikan peristiwa ini dengan sahabat-sahabat guru di sekolah aku. Mereka sama seperti aku. TERKEJUT. Bahkan ade yang berkata. " Nasib baik kau ade basic agama, kalau x boleh down sekali..." Syukur , Alhamdulillah aku kenal die pun x sampai 1 minggu...Allah dah tunjukkan sikap sebenar si X ni..Alhamdulillah...Pernah sekali aku kongsikan dengan sahabatku Tasha. "Kalau aku nak tau perangai lelaki itu jodoh aku atau tidak aku hanya doa kepada Allah..InsyaAllah Allah akan tunjukkan perkara yang sebenar...Aku dah penat nak menilai perangai manusia ni..Lagipun pandangan aku ni selalu buta dan salah..Biarlah Allah yang guide aku..." Dan Alhamdulillah, buat mase ni aku akui telah melepasi beberapa orang lelaki berkat dengan taufik dan hidayah daripada Allah...

Baiklah....sambung cerita tadi, .......Kebetulan kelas harini ini habis lambat drpd kebiasaan maka tamat sahaja kelas aku terus drive kereta ke Kolej Pendeta Zaaba untuk mengalas perut. Ketika drive keluar dr fakulti aku nampak si X sedang berjalan kaki menuju ke Fakulti aku. " Ya Allah dia nak cari aku ke??"..X bukalah pelajar Fakulti Pendidikan...Menurut X, die ambil master dalam Chemistry...dia kata die ade motor tapi aku nampak die berjalan kaki pulak....Entahlah, xtaulah mane satu kebenarnnye..Cume aku terkejut bile nampak die dtg ke Fakulti aku...Hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku time tu..Sampaikan time makan pun rasa serabut je. Mcm-mcm terlintas dalam otak aku..Sebenrnye pukul 8-10 mlm aku ade lagi kelas kat Fakulti, tapi aku takut nak pegi sbb takut die tunggu aku kat situ...dan mcm2 masalah pulak come out mase tu..last-last aku duduk bermuzakarah di Masjid UKM..akhirnye aku terlintas menghubungi bf aku aida untuk seek for advice. Finnaly aku buat keputusan utk terus balik dan memontengkan diri dari kelas PA1..Aku tak nampak cara lain utk hari ni, seandainya aku kembali ke fakulti dan X ade disitu..maka X akan nampak aku..die akan tahu kereta aku..mungkin die akan follow aku...Mcam2 dalam otak aku mase tu..So, aku pujuk hati untuk redha dgn keputusan drastik yang aku ambil di saat itu..Bak kata aida tadi.." Aini x nak inform kat guard ke?? Next week kelas mcmane??"..Tapi this week better balik dulu...InsyaAllah akan ade penyelesaiannya..

Aku bukanlah perempuan yang cantik, biase2 sahaja tapi ini pengalaman aku kali 3 berdepan dengan Pak Arab. Memang menakutkan!! Pak Arab kalau dah suka mmg dengan someone, dia akan kejar perempuan tu. Ya Allah selamatkanlah aku Ya Allah.. Plan untuk nex week mmg aku akan mintak tolong classmate..tapi insyaAllah...cume malam ni aku perlukan rest....utk calm down myself. Bile berlaku perkara-perkara mcmni mulalah hatiku syahdu.Nasib diri x bersuami mmg mengundang fitnah, ayah juga dah xde...jadi ape2 kenelah berdikari...Aku x sanggup nak cerita kat mak aku yang dah tua..Aku takut kalau aku cerita nanti mak aku akan susah hati dan risaukan aku bile aku pegi UKM. X apelah, nia semua dugaan dari Allah..InsyaAllah..ade hikmah di sebalik apa yang berlaku...Doakan aku tabah mengharungi semua ini ye sahabat..

Saturday, September 15, 2012

First Day Sem 2 2012/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cepat betul masa berlalu kan? pejam celik dah hampir ke penghujung bulan raya, dan tinggal 3 bulan je lagi utk tahun 2013. SubhanAllah, tepatlah sepertimana firman Allah dalam surah An-Nasr, maksudnye " Demi masa, sesungguhnya dalam kerugian kecuali manusia yang beriman, beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan perkara yang hak ( kebenaran) dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran ( begitulah yang mafhumnya). Begitulah juga laju dan berderu pantas berlalunya sem break. Maka bersiap sedialah utk menempuhi semseter ke-2. Maka di saat ini, perbezaan besar yang dapat aku rasakan antara 1st degree dengan sarjana. Zaman 1st degree dulu, ready atau tidak kene proceed belajar juga sbb yuran mmg dah ditanggung oleh PTPTN, maka segala smooth tanpa duk perlu susah-suah fikir nak cari duit. Master mmg totaly different ( bagi yang part-time & fully sponsor by own). Kalau x bersedia dr segi lahiriah ( emosi, motivasi) dan zahiriah ( duit,keperluan) maka jgn bermimpilah utk meneruskan pengajian. Setiap sem mesti standby dlm 1+++ tak termasuk belian buku, kos pengankutan, penginapan, makan+minum, printip,laptop. Faham2 jelah kan study ni mmg banyak kaitannye, maka kuatkan semangat cekalkan hati dan selalu dekat kepada Allah agar diberi kekuatan utk meneruskan perjuangan. 

Hari pertamaku tidaklah senervous dan secuak 1st day as Sarjana on 2011/2012. Hahaha.. Mase tu serba serbi x tau dan mmg agak kelam kabut. Jadinye semalam setibasaja sampai di UKM, kereta terus parking dkt bangunan area Fakulti Pengajian Islam.Sbb tulah antara bangunan yang berdekatan dengan Bangunan Bendahari. Sebenarnye tindakan agak berani tu, sbb UKM mmg tak banyak provide parking utk student and visitor. Mostly parking just for staff je. Tapi tak apelah, tawakall ajela. ( banyak nye lah ye). Berkejar-kejar juga nak pergi ke bangunan bendahari. Punye semangat nak cepat, sanggup xnak tunggu lif. Maka gagahlah aku naik tangga 3 tingkat. Semput! " Allah, bukak pukul 3 pulak ke?...Aduh dah sem 2 pun tak tak lagi" getus hati ku..kruik...kruik..." Mcm bagus betul timing perut" Maka aku pun singgah makan di kafe bawah bangunan canselori. Banyak juga lauk yang available. Pilih2 adelah rm8 ( nasi, lauk, air, mineral water, asam). Oklah.

Selepas selesai menikmati makan tengah hari, aku bergegas semula naik ke pejabat atas. Still gune tangga, alasan " kene bakar kalori lepas makan"....Terasa juga mcm poyo time tu.Sampai je ke pejabat bendahari nampak ramai student yang tengah beratur. Aku terus capai form Pengeluaran KWSP tanpa mengendehkan pelajar-pelajar lain yang tgh beratur. Tgh syok nak menulis kedengar suara " Kak.. Kak" Ish sape pulak ni...
" Eh....." ( Ayat cover sbb xingat name) eheheheh....Borak lah skjp...Rupenye kami ade sekelas lagi sem ni. Alhamdulillah, mmg seronok kalau dapat kelas dgn org yang kite dah kenal. At least dah tau serba sedikit perangai. Setelah selesai isi borang just pas dan letak je atas meja tanpa perlu beratur. Minggu depan barulah siap surat pengesahan tu. 

Kemudian aku terus pergi ke Fakulti Pendidikan, jam sudah 3.30. " Ya Allah parking penuh". Maka terpaksa lah aku parkng di pinggir bukit. Tempat ni sendiri tak pernah aku pergi sblm ni. " Allah kelas kat mane pulak ni?". Siap sempatlah pulak bukak website SMPWEB time tuh jugak just nak cek jadual. Sbnrnye jadual dah print tapi tak tau letak mana..Hahahah.Biaselah tu kan, bak kate kawan aku En Taufik. perempuan mmg mcmtu selalu tak ingat kat mane letak barang. Akhirnye sampai jua aku ke Makmal Komputer 1 sebagai pelajar terakhir yang masuk ke kelas tu. Ok. " Rilex aini..rilex yang penting senyum" ....Yes senyum panjang dan yang paling manis mase masuk kelas. Gaya kenelah 100 kan kalau dah buat salah..AHahahah...

Dato Halim dah siap berceramah dah, gaya hebat dan mmg membakar semangat. Pelbagai persoalan yang perlu difikirkan semula. Yes thanks Dato' . Nila sbbnye aku suke kelas Master ni. Terbakar! Membakar! Burn out!...huh..Antara persoalan yang masih ligat. " Apa sumbangan kita sendiri kepada masyarakat diluar wakru kerja?Apakah sudah ade jawapan di akhirat kelak apabila kita disoal ttg tanggungjawab yang belum terlaksana kepada masyarakat? Persiapan diri menjadi guru yang hebat?" Berfikir lame dan merenung diri. Apalah yang ade pada diri sebagai bekalan yang ada hanyalah selaut dosa yaang hanya mengharapkan maghfirah Allah. Dato aga busy sbb perlu attend viva. Jadi kami uruskan kelas sendiri. Sedikit taaruf dan discussion. Kelas tamat awal sekitar pkl 5. Biase lah tu Fak pen...Tak kisah pun keluar awl, sbb e learning sangatlah banyak bahkan selalu menuntu waktu.

Akhirnya aku menghabiskan waktu senggang dengan berehat di bilik siswazah. Uiii, semester ni pintu bilik siswazah dan direpair. Maka melayanglah rm15 utk mndptkan kad masuk bilik siswazah. Jadi melepak lah aku bersama kak Masyitah sementara menunggu next kelas pukul 8-10 mlm. Tetibe si Puan Nadia  dgn muke yang agak gelabah " kak boleh tgkkan tayar kete saya tak...rasenye pancit". Maka kami pun yang tak pro mane tang kete ni buat-buatlah poyo pegi tgk tayar..." ish mmg pancit ni"...Mmg dah pancit tayar si nadia ni. Setelah berbincang kami decide nak mintak tlg classmate lepas kelas PA1.

Sebut kelas PA satu pulak. Awal2 lagi Datin Juriah dah bahagikan ikut course. Agak x besh bile Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kene duduk line depan. Cube bayangkan kalau tgk wayang kat line depan. Ish x best nye. Sbb kene mendongak. X ingat ape ape pun...sbb dah letih sgt, jadinye mcm 15 minit je berjage. Lepas tu lolap lah manjang..Rase frust juga bile 1st day dah lolap. Tapi takpe, will try to do better next time. INSYAALLAH.

After kelas, kami rushing nak betulkan tayar. Ngantuk jgn kate tapi gagahkan juga..ALhamdulillah dapatlah cekau 2 org ustaz yang gentlemen. hihih...Nampak sengsara jugak bile nak tukar tayar waktu malam2 ni...Tambahan pulak tempat tu xde lampu, just pakai lampu kereta jelah.





Alhamdulillah, akhirnye dapat juga dipasang tayar rim kuning ni...nampak cute ..AHAHAH..tulah kereta Malaysia, tayar spare mmg low quality. Apalah salahnye kalau bagi tayar yang same saiz dan jenis kan. Tapi ni tak just bagi tayar yang lebih kecil. Ape lagi, sokonglah buatan Malaysia. SOKONG 100%....Sedangkan tayar bukanlah sampai beribu hinggit pun. Compare to other brand car yang buleh provide same brand tyre..huh.....EMO pulak...Maka begitulah kisah hari pertama ku pada sem 2...

Sunday, April 1, 2012

Seminar at Residence Hotel







smlm takde kelas sosiologi tapi kene attend seminar fak pen kat residence hotel
actually to be honest..mmg berperang dgn perasaan
mmg malas nak pegi
sbb kene bayar rm60 untuk seminar tu...n kene pegi kat uniten pulak
pada awalnya kiteorng diinformkan seminar tu kat fpen je n free
ermm suddenly the night info
the information was changed
blurp!!!!!
siap dpt sms lagi kehadiran akan diambil
ermmm
mmg aku berdoa je semoga Allah bimbing aku untuk buat yang terbaik
kalau ikut panas ati
mmg nak ponteng je
sbb geram
tapi alhamdulillah
sampai sane....
aku daftar, dan enjoy pulak dgr seminar ni
aku dengar dlm 2 ususlan dan 2 kemajuan
nice and give some ideas
apa ape pun
makan lunch mmg best
yelah kan...buffet...
tapi controll je makan sbb nak diet
kalau tak mcm2 aku sebat
anyway...it was nice experience
rase rugi tak dtg awal
sbb banyak tajuk best pagi tu yang aku missed
aku tak larat nak stay sampai petang
sbb sgt penat
ok done
alhamdulillah

Saturday, March 10, 2012

Sifat dan Ciri Guru

  1. Guru hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam
  2. Guru itu seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah
  3. Guru sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya
  4. Guru hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar
  5. Guru hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya
  6. Guru hendaklah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan teliti dalam pelaksanaan
  7. Guru mampu mengawal dan mengusai pelajar dengan cara yang baik serta tegas dalam proses p&p
  8. Guru mengambil tahu tahap kebolehan pelajar yang diajar bagi memastikan kaedah yang betul dapat digunakan dalam proses p&p
  9. Guru peka dengan perkembangan semasa dan pengaruhnya terhadap perkembangan pelajar, agar pendekatan terbaik dapat digunakan dalam menangani mslh p&p
  10. Guru hendaklah bersifat adil terhadap pelajar dengan tidak menunjukkan kecenderungan ketara terhadap golongan pelajar tertentu

    sumber asal : http://www.ukm.my/jiae/pdf/5_0.pdf, al-Nahlawi, Abdul Rahman : usul al-tarbiyah al-islamiyah wa asalibuha. Damsyik : Dar al-Fikr

Sunday, February 26, 2012

ALam postgraduate

ALhamdulillah, akhirnye harapan untuk sambung master tercapai jua
Banyak sudah rintangan yang perlu aku tempuh
Tapi alhamdulillah
Aku daftar di UKM pada 14/2.....
Pada hari pendaftaran dan taklimat aku berkesempatan bertemu dengan penyelia ku
Aku dapat berkenalan dengan beberapa org student
Agak rase cuak pada awlnye...
Stress pun ade
Tapi just go ahead
AKu sedar sebagai pelajar siswazah
banyak benda yang perlu diuruskan sendiri
dan mmg banyak dugaan
buat mase ni dah mcm2 juga yang aku tempuh
tapi aku ttp cekalkan ati
insyaallah

Thursday, December 1, 2011

application master UIA,UM dan UKM

alhamdulillah ....untuk permohonan kali ke3...diulang sekali lagi ...kali ke 3!!!
mase apply first time
aku apply islamic finance @ UIA..
rejected : no basic education about finance...=)
second time
aku apply education @UKM
rejected: same as before, malangnye...mase tu tak abis KPLI...
so takde approve dari IPG...=)
so kali ni aku lebih berhati-hati
sbbnye aku terus apply untuk 3 universiti...
=)...sekurang-kurangnye...kalau 1 reject ade due harapan lagi
tapi kalau 3 yang reject...eheheh..
apply jelah lagi sekali
nekad sungguh aku kali ini...insyaAllah
baik dan buruk keputusannya nanti
aku tetap redha...
so aku nak buat comparison antara ketiga-tiga universiti ni

1) mode/ structure studies
UM http://www.um.edu.my/ips/ dan UKM http://www.ukm.my/pps/

offer full time n part time dalam dua option
1) coursework n tesis
2) tesis only

UIA
offer full time and par time dalam 3 option
1) coursework n tesis
2) tesis only
3) coursework only
so for me...UIA give extra here....bukan apelah....sometimes bagi org yang dah bekerja ni
selalu sgt bermasalah dalam menyiapkan tesis...
berbeza dgn coursework full time...mmglah banyak assignment but then bile ade pemantauan penuh dari lecturer + due date....so adrenalin akan lebih aktif untuk berdisiplin
so aku mmg harap sgt dapat coursework @ UIA.. sbb aku takut terkandas dalam menyiapkan tesis..

2) processing fees
well UKM just RM 20, and UM RM 30 and UIA pulak RM75 ...(macam mahal kan) but this payment actually for 3 application...so agak berbaloi...but then org mcm aku ni...yang apply ketiga-tiga universiti aku rase UIA agak mahal because aku apply 1 course je...

3) application process

UM

dalam isu application proses aku perlu beri kredit terbaik untuk UM....yahh UM is the best...because everything is on9....including all the document...just upload in the website...easy maa...sangat cepat...dan sempoi...
tak perlu pun surat/komen from reference...dan tak perlu surat sokongan majikan...

UKM

meanwhile, i still can apply on9 for UKM...but i still need to send all the suuporting document via pos....sangat leceh...selain perlu komentar dari reference i still need to have surat sokongan majikan...menyampah betul!!!...aku rase part ini mmg ramai org yang bekerja sokong pendapat aku...yelah, kite ni belajar gune duit sendiri...lagipun kite tau lah mesti lah pegi kelas selepas waktu keje...tapi still pulak kene dapat surat kebenaran majikan...YERKKK!!!mmg tak patot lansung...
tambahan pulak CIKGU...name je balik sekolah pukul 2.50...kdg2 pukul 5....tapi...selalu ade meeting....sabtu ahad pun ade program...tu tak campur lagi kalau kene buat kelas tambahan...malam pun kene datang sekolah...
dgn keje yang dah sedia melambak...
tapi alhamdulillah...aku dpt jugak surat sokongan tu...

UIA
aku kene apply manual...so print dokumen then antar....ade course lain yang dgr citer boleh apply on9, tapi untuk education mmg kene apply manual...so tak kisahla...cume ade some part yang aku rase memelikkan dan melecehkan
(yang melecehkan)
UIA nak report dari academician...lecehla...
kalau setakat komen...oklah sket
(yang pelik)
dalam borang dieorng ade attach form untuk request nak original transcript degree...
pelik jugak nape dierong nak yang ori...biasenye mane2 U nak yang sighted copies je...
so aku try call CPS...tapi hampeh...tak berangkat lansung...
ade jugak tanye beberape member...dieorng pun pelik ...
so ive decide pergi directly UIA...
so sampai je kat CPS...pergh...dahla ramai applicants
ade sorang je staff yang handle !!
no wonder lah tak berangkat phone call...
memandangkan ramai sgt...aku jadi malas nak bertanya so aku terus letak form aku atas meja untuk disemak...
" have sit first"
aku sengih je...malas aku nak menunggu, dahla ramai foreign applicants...
form their conversation....aku dptlah faham sket2 dieorng punye masalah lagi besar dari aku..
so biarlah aku mengalah...
aku terus pegi makan...sbb mase tuh dah pukul 3 dan aku mmg tak luch lagi...
after lunch....staff CPS sengih je...
" Nur Aini Md Alias" " Yes..."
" Ur document"
aku tersenyum riang...so dokumen aku lengkap...rupe-rupenye original transcript perlu tunjuk pada hari pendaftaran sahja...lega!!!

4) facilities, accomodation
dari aspek ni tak banyak boleh dicompare sbb kesemua universiti ni lengkap dari segi facilities
cume UIA boleh bagi asrama yang lebih selesa dan price yang compatible ...
somehow aku tertarik dgn surrounding UIA...banyak kiosk2...dan barang2 yang dijual menarik dan murah...

bagi aku aku rase UIA paling ideal untuk aku
tapi .......
" siapalah aku ini untuk memintal buih ..."...ehehehe
ape ape pun redha je...
kita hanya merancang tapi pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik
amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!