Showing posts with label coretaAn diarikU. Show all posts
Showing posts with label coretaAn diarikU. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Korban Kat Sekolah




pagi ni time nak pegi breakfast kat kafe
kelihatan sekor lembu putih yang elok saiznye
elok rupenye...heheheh
yang bakal dijadikan santapan
yummmy
nampaknye ade yang bermurah hati utk korban kat sekolah
rasenye mcm setiap tahun ade aktiviti korban
sbb tahun lepas pun ade
ramai juga staff yang tolong

pengetua yang tolong sembelih kan

sempat lagi bergambar sblm korban
dgr kate daging tu akan dibuat sup
ade rezeki dapatlah merasa keberkatan daging korban

thanks to cameraman yang sudi tlg snapkan gambar ye=)

Tuesday, November 8, 2011

musim buah-buahan dah kembali

wah...tak lame lagi dapat lah makan buah


buah maggis




buah pulasan



buah dokong



buah mangga ...tapi rasenye buah mangga ni mmg selalu berbuah =)
eheheh...=)
suke suki...
dahla time cuti sekolah ....

Monday, November 7, 2011

happy birthday


27 years old now
alhamdulillah...
=)....sbnrnye mmg malu nak confess ttg umur ni
dulu aku selalu bertanye dan berfikir
kenape kau wanita ni sgt malu bila ditanye ttg umur
sbb time kecik2 dulu aku sgtlah bangga nak mention umur aku
sbb nak ngaku dah besor....
hihihi....
lagipun mase kecik suke lah sgt nak jadi org dewasa ni
mcm best la katekan
boleh drive keta sendiri, banyak duit, boleh pakai baju cantik, semuanye cantik
tapi tu dulu punye citer lah kan
skrg ni...kalau bab umur tu....
sengih2 jelah....
ape ape pun...
bersyukur masih lagi bernafas
semoga umur yang mendatang lebih diberkati dan diredhai...
amin

Tuesday, November 1, 2011

Lawatan Cancel...


setibanya aku di meja pagi ni
kelihatan kertas kerja yang aku hantar smlm sudah dipulangkan semula
" pantas"
aku amati 1 persatu dokumen yang aku terima
" ade penambahan dokumen rupenye"
dokumen itu aku amati dengan teliti
dan aku sendiri sudah dapat menjangka
sisipan borang lawatan dari ppd disertakan
" permohonan hendaklah dibuat 3 minggu sblm tarikh"
seperti yang telah aku jangka
permohonan aku tidak akan diluluskan
dan aku boleh menerima
namun agak lama juga aku berfikir
bagaimana untuk aku sampaikan kepada anak muridku
kerana ada di antara mereka yang sangat berharap agar lawatn ini diteruskan

sedangkan aku juga hampir buntu
walaupun sessi persekolahan hampir tamat
namun tuntutan kerja masih tidak henti2
esok, lawatan exchange program dari Singapura akan tiba
minggu terakhir pula ade program perkhemahan perdana
"SEMPUUUUUUUUUUUUUUUUUUT"
dan aku juga semakin runsing dengan urusan peribadi yang tidak henti2

jadi aku lapangkan dada
berfikir secara waras
dan akhirnya
aku memilih untuk merima keputusan itu dengan redha
sungguh....
apelah sangat kan
bukannya tak boleh sampai bile2 pun
insyaAllah...next year boleh buat
lagi 2 bulan je untuk 2012 menjelang tiba
amin
pujuk hatiku
dan ku pujuk jua hati anak2 murid ku kelas 4 Ibnu Sina
" kita pergi tahun depan ye, ke tempat yang lebih menarik"
menarik bagi aku tak semestinya menraik bagi dieorng
ehehehe

ape2 pun
aku bersyukur aku dapat juga mengharungi situasi ini dengan tenang
dan tidak mudah melatah
sebaliknya aku bertambah kuat
aku jadi semakin lebih yakin yang program lawatan ini akan berjalan juga
namun bukan sekarang
percayalah
ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap musibah

mungkin bagi sesetengah orang berfikir
setakat kertas kerja lawatan di reject apelah sgt
just retype jelah semula
ye betul....type jelah semula
type je semula kertas tu
type je semula kata-kata semangat untuk bangkitkan motivasi yang hampir surut
dalam bahasa yang mudah
kegagalan mmg disertakan dengan hadiah percuma yang hebat iaitu " DOWN"
=)
yess, down.....but insyaAllah....kali ini tidak lagi....
aku tak down lagi
cukuplah tempoh drowning yang sgt lame sebelum ini
aku tak mahu lagi down
aku mahu terus bangkit, bangun dan terus ke hadapan
mungkin kadang langkah ini akan longlai
mungkin kadang langkah ini tersadung batu
mungkin kadang langkah ini akan lenguh seketika
mungkin kebarangkalian yang lagi dan lagi
namun aku yakin Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa bersabar
satu doa yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama

Doa Nabi Musa

" Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku (dadaku); Dan Mudahkanlah bagiku (tugasku); Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha 20: 25-28)

Sunday, October 9, 2011

Aku Budak Kampung


Masih segar dalam ingatan aku
bagaimana reaksi aku ketika
ayah dan mak berpindah ke kampung
mase tuh aku berumur dalam 5 tahun
ayah dah bersara polis
sbb tu ayah decide untuk pulang ke kampung
akulah anak yang paling tak puas ati
aku tak suke lansung kehidupan di kampung
semuanya kolot dan ketinggalan
aku benci
aku nak tinggal di KL...
aku suke idup di kl yang ada taman permainan
aku suke idup di Kl yang ada banyak kemudahan
arghhh
tapi ayah selalu berpesan
hidup di kampung
lebih selamat
lebih jimat
dan aku cuba selami
dan kini aku masih lagi tinggal di kampung
dengan rasa yang gembira dan seronok
kembalinya aku ke kampung semula sejak 3 tahun yang lepas
mmg banyak merubah diriku
aku aman di kampung
aku tenteram di kampung
dan betul cakap ayah
hidup di kampung lebih jimah dan lebih selamat
dan aku berjanji untuk membangunkan kampung aku
amin...

Wednesday, October 5, 2011

Ustazah Pilihan Firuz Akhtar


Program Realiti Astro ni dah semakin naik
Aku pun follow program ni
Yelah….kwn satu sekolah masuk …
Hehe…
Kawan aku namenye Firuz Akhtar
Kiteorng kenal kat KISAS
SPM 2001
Sebagai kawan aku harap kawan aku ni dapat menang dgn jayenye
Ehehe….
Kwan kan…mestilah support !!!!
Untuk sesiapa yang belum like
Sila like like n LIKE!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 28, 2011

Kasihani Ibumu Part 1

Suatu petang

Rumahku dikunjungi oleh dua orang wanita

Ana dan Nita (bukan nama sebenar)

Ana merupakan saudaraku yang aku tak kenal lansung

Nita pula adalah kenalan kepada Ana


Sebenarnya aku dan Ana mmg tidak pernah bertemu

Aku sebenarnye janggal dengan kehadiran mereka berdua

Tetapi sebagai tetamu

Perlu hormat dan berilah layanan yang baik

Ana dan mak aku berbual panjang

Memang agak emosional dan sayu

Kerana membuka sejarah lampau keluarga

Yang agak panjang dan memilukan


Tujuan Ana datang ke rumahku adalah untuk bertanyakan ttg hal nenek

Nenek @ maklong aku yang telah pun meninggal…

Menurut Ana, ayahnya dalam keadaan nazak

Dan kini dia ingin berjumpe dengan nenek

Untuk memohon maaf bagi pihak ayahnya


Aku pilu

Apa yang mampu aku buat

Nenek @ maklong dah pergi…

Nenek @ maklong adalah kakak kepada arwah ayah

Maklong meninggal sebulan selepas ayah meninggal

Maklong meninggal di Rumah Penjagaan Orang Tua, Cheng, Melaka


Tiada siapa yang dapat menjaga maklong waktu maklong tua

Sebab tulah ayah berbincang dengan ahli keluarga yang lain

Untuk menghantar maklong kat situ

Satu-satunya anak maklong iaitu Zaki (bukan nama sebenar) sudah lame menghilangkan diri

Zaki menyepi untuk melarikan diri daripada menggalas tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUNYA


Ketika pengebumian maklong

Kami berusaha menghubungi D namun gagal

Kami juga telah cube berjumpe dengan saudara terdekat isterinya

Namun tiada respon yang diberikan

Dan kini Ana ,anak Zaki datang untuk menemui neneknya yang telah meninggal lebih dari 2 tahun

Aku sayu………..

“ Kemana akak pergi selama ni????”

“ Kenape sanggup buat maklong mcm tu?”

Sehabis daya aku cuba kawal suaraku

Agar tidak kelihatan marah

Dengan juraian air mata Ana menjawab

“ Akak pun dah lame tak hubungi keluarga akak dik”

“ Akak dah lame dibuang oleh mak akak sendiri”


Suasana semakin pilu

Aku kasihan melihat Ana…

Timbul rasa kasihan

Bagaimanakah kehidupan yang dilalui oleh wanita dihadapanku ini????


“ Dik, mane kubur nenek dik”

Akak nak cari kubur nenek

Akak nak ambik tanah kubur nenek

Nak bawak jumpe ayah”


“Jangan mcmtu kak

Khurafat tu kak

Nenek dah pergi

Kak, ikatan keluarga tidak pernah putus

Ada tiga perkara yang boleh dibawa sampai mati

1) ilmu yang berguna

2) anak yang soleh

3) sedekah jariah


Akak pergilah ziarah kubur nenek

Buat tahlil

Buatlah sedekah jariah untuk nenek

Dan berdoalah untuk kebaikan nenek dan ayah akak

Lagipun kak, nenek tak marah ayah akak

Setiap kali aini dan ayah ziarah nenek dulu

Nenek tak pernah cakap die marah ayah akak

Nenek cakap die rindu je kat ayah akak

Insyaallah kak…


Pintu kemaafan itu masih ada”

Aku sendiri mahu menangis ketika menzahirkan kata-kata itu

Entah dari mana datangnya kata-kata itu

Namun aku bersyukur

Kepada Allah mengurniakan idea di saat-saat itu…


Selang beberapa hari

“ Dik, ayah dah meninggal

Ayah meninggal sebaik sahaja akak call ayah dan bagitau

Nenek dah maafkan ayah”

Aku terkedu……….

Ya Allah…

Semoga roh ayah, maklong dan ….zaki dilimpahi rahmat…….

Monday, August 15, 2011

Kembara Bumi Suci II

Hari ni review back from the beginning
Menarik...
Aku suka sgt time dieorg ni leh sesat even ade GPS
ahahaha
Yelah gune GPS pun leh sesat
Last2 last kene lah beli map juga
Tapi isu bahasa lah pulak
Sbb tak ramai org thai tau speaking

Tapi aku respek gile
Bile ketua konvoi Asir cakap
Dioerg dah plan program ni
Since 2005
Lame tuh
Almost 6 years

Aku berfikir sejenak
Aku ni suke mengeluh
Bila ape yang aku plan
Ditangguhkan
Dibatalkan
Ya Allah...
Ramai lagi org lain yang senasib dgn aku
Tapi dieorg maintain
Still berusaha untuk kejar ape yg dieorg target
Tapi aku???
Asyik cepat give up

Nampaknye program ni
Dah jadi program favorite aku ni
Takleh miss la mcm ni
eheheh

Saturday, August 13, 2011

alih perabot!!



biaselah time rayemesti kene kemas rumah
so alkisahnye
mak aku nak beli kerusi beru
so kerusi lame kenelah di alihkan
tapi kerusi tu agak besar dan berat
jadi nak pindah punyelah susah
cubaan demi cubaa
so last decide
kene bukak grill...
jadi memula kenela bukak grill
aduh......cam pelik je
hentam jelah labu
ni aku buat ngan anak buah aku
1 demi 1 skru dicabut

alhamdulillah
tumbang!!!!

sofa diangkat dan dipindahkan
semput!!!!!
dahlah bulan pose ni


finally done
alhamdulillah
huray...

Tuesday, August 2, 2011

Keputusan temuduga SPP

aku baru je keputusan temuduga aku kat SPP online
hasilnya:

Hadir Tidak Temuduga

sedih ....
ku rasakan hatiku seolah-olah basah dek rintihan air mata
tapi aku masih mampu mengawal emosi dan raut wajah
berkat bulan Ramadhan

aku tau ramai kawan aku yang lulus
walaupun sessi interview sgt mendebarkan
tapi alhamdulillah mereka lulus

cuma aku
kesilapan kecil yang aku lakukan pada 16/06/2011
menyebabkan aku gagal masuk ke bilik interview
ye...
kesilapan kecil:
"aku lupa bawak transkrip Ijazah Bahasa Melayu"

ape boleh buat
aku sudah merayu dengan pegawai
namun mereka tegas
aku tetap tidak dibenarkan masuk
dan aku akur

dalam akur aku merintih
hati aku bermonolog
biarpun ramai yang bersimpati
aku perlu bangkit
dan satu-satu ayat yang membuatkan aku sedar
" Kdanag-kadang, bila kita hendak mendapatkan sesuatu yang amat besar.....Maka dugaan yang mendatang juga mmg besar"

perkara itu sudah lama berlalu
hampir 2 bulan
dan kini aku sudah pun bangkit
sudah kembali segar

aku kembali muhasabah diri
kadang-kadang kita gagal
disebabkan kesilapan diri kita
lalu kita ubah
lalu kita perbaiki
lalu kita insaf
namun masih juga kegagalan datang singgah
walau segalanya
telah dikorbankan
telah dipertaruhkan
telah dilaksanakan
dan kembali lah
dan tunduklah
kepada Redha
redha pada qada' dan qadar
kerana di situlah timbangan iman

insyaallah

p/s : insyaallah...aku akan cube yang terbaik untuk next interview....tapi tak tau lah bila...
namun aku yakin...pasti ade cume lambaat atau cepat je....AMIN...


Friday, July 29, 2011

tawakal dan optimis

alhamdulillah ...
agak tergugat untuk menamatkan minggu ini

struggle untuk menghabiskan silibus
so far
tinggal tajuk tamadun
berhempas menyediakan bbm
dan mencari waktu
dan memujuk pelajar
dan pada 27/7/11
aku telah buat kelas malam
agak simpati...
kerana aku tak mampu memberi penekanan kepada semua pelajar
kerana aku lebih utamakan pelajar yang lemah

sambutan ihya...
persiapan pelancaran
memerlukan idea dan tenaga
kebetulan pelajar 4a sanggup tlg aku
dan hasilnya..
sangat memuaskan
aku fokus kepada montaj
walau menghadapi sedikit masalah
dengan tetibe elektrik shut down
movie maker tak leh publish movie
....aku tetap berpuas ati dgn hasilnye

agak kelakar juga..
aku bergegas dtg ke sekolah
oukul 6.48 aku dah punch kad
sbb nak iron baju punye pasal
pengalaman sungguh

tak cukup dgn tu
aku masih berdepan dengan date line lain
key in markah peksa
markah plbs
mau juga )&*(&&^^&%^$%#@@!$#$#%
dan hampir!!!!
dan ramai juga murid yang terkena penangannya

dan malam tadi
dalam kepanasan
aku muhasabah diri
inilah dugaan
apabila semua nye menemui jalan buntu
maka bertawakal dan optimis
Allah tidak akan menghampakan hamba-hambanya

aku insaf
aku bangun
mencari kekuatan
di sebalik kelemahan yang mencengkam
tidak mungkin kekuatan itu datang bergolek
hanya kekuatan iman dan hidayah dari Allah
mampu melestarikan semangat yang jitu

dan setibanya di sekolah hari ini
aku mampu menyiapkan tugasan itu
aku bersyukur
" aini yakin, ade rezeki untuk aini "
aku ingat
dan aku pasti kata-kata itu...
ya...

andai telah diusahakan pelbagai daya
namun tetap buntu
ingatlah
tawakal dan bersangka baik juga
adalah usaha
insyaallah....
dan redha lah dgn qada' qadar
sesungguhnya itulah cabaran untuk mukmin yang soleh

Monday, April 19, 2010

My idol KRU

aku pun tak pasti nape aku nak sgt blg this topik
tapi aku nak sgt share about my idol when i was a child
yup....kru....
actually aku teruja sgt dgn kru....
tepat pilihan aku
dari kecik aku mmg minat sgt group ni
atas alasan ....sophisticated, macho, ade gaye...modern, idealistik...n many other reason that i cant explain but for sure i love their great song
i start new their song emm time darjah 4 kot...time tuh dah buat konsert awas pun....
sbnrnye dah lame minat lagu dieorng tapi tak pernah tau secara official name group je yelah budak kecik lagib...hihi
start from that aku pun layan le lagu rap ni.....punyelah minat sampai filem yang dieorang act pun aku layan...mase tuh takd pernah lah tau yang yusri tu kaku time berlakon....
yang aku tau....aku nak tgk muke artis kesayangan aku jer....
tapi tak pernah la nak antar kad....eish...segan katekan
beli kaset ...layan sorang2 kat bilik.......
walaupun lagu dieorang ni mostly rap....
tapi lagu slow pun lentok juga.....example...DUA...pergh
lagu ni aku dengar je felling...serius....
mase tuh berangan tak sudah nak couple ngan kru....
ahahahah.....
so far....aku mmg suke videoklip dieorng....ade je idea yang bombastik....
tapi mase begitu pantas....
kru lebih suke underground dan aku pun fokus study
tetibe aku rindu sgt nak tgk karya lagu dieorng lagi
nak nak...when i saw norman as a headmaster of AF 8...
they got ideas n talent n of course the good face...
n because of them i believe that malay can go far...
yup i still believe...
i hope one day i can meet them...
huh !!!! what should i say?...
stop it lah aini

Monday, March 22, 2010

cuti yang optimum

kepuasan jelas ku rasakan...
aktiviti yang padat,...
dan enjoy
perlukah aku kongsikan semuanya disini?
terlalu awal rasanya...
rahsia pun tak salah kan....
yang pastinya...
cuti ni...
aku mulakan dengan menyiapakn assg yang dah last minute nak dihantar
tapi siap beb
dan aku puas ati...
karya terpelihara ...
dan kemudia...
meround gi kenduri kawin...tu mmg dah jadi lumrah lah kan...
then cat umah...
pe lagi ek?..
oh ye...gi ikea...ni yang paling best...
tak beli brg sgt pun
tapi idea cun..
tuh yang penting....
dan kesemua itu membuatkan cuti seminggu aku terasa padat...
oklah kan..

Tuesday, October 13, 2009

ayah angkat

petang ni tibe-tibe mak aku call
"adik kat mane?..
asrama, kenape?...
nanti kite pegi kl ye....kite gi jumpe ayah angkat adik ...
ermm...kenape?
mak teringat...dulu ayah angkat adik penah cakap....kalau nak kwin kene jumpe die...mak dah pk masak-masak....mesti jumpe....ntah2 ade kaitan...sbb tulah jodoh adik susah sgt
ha.....ahahahaha......oklah...minggu ni kite pegi ari sabtu"
aku tak tau ape yg aku boleh komen banyak
yang aku tau time tuh cume gelak je
sampai ke situ sekali mak aku berfikir
aku betul2 terkejut
dan aku pun terkejut kenapela aku cepat sgt setuju
tapi aku mmg dah lama tak jumpe ayah angkat aku
lame sgt
so apelah salahnye jumpe die kan
aku ade kisah yang tersendiri mcmane aku boleh ade ayah angkat
ayah angkat aku seorang dukun
time kecik2 aku ni kuat sgt menangis (tak eran lah dah beso still kuat nangis)
so mak aku bawak pegi berubat dgn dukun ni
tak taulah ape yang die buat
tapi dgr citer aku ok lepas tuh
dan aku selalu pegi umah die
tapi slps mak dan ayah pindah kampung
aku tak pernah jumpe die
kalau die jumpe mesti die terkejut
sbb tgk anak angkat die sebesar ini
ahahah
ape ape pun
aku sgt teruja
nak sgt jumpe ayah angkat aku
tak kisahlah ape ape pun
aku tak ambik pusing pun ape yang mak aku cakap sgt
(sket adelah kot)
sbb hati aku macam dah kene sindrom cinta mati 2
ahahahah

Thursday, October 1, 2009

SemalaM dlm SejaraH

banyak kejadian yang agak mengujakan aku berlaku smlm
ahahah
pagi-pagi kaki aku dah terpijak kaca
alhamdulillah kaca halus je...
tapi sakit juga
then aku berjaya jugab arrange kan meeting...
tak sangka keje aku yg hold for almost 2 months...
lega sgt
maybe selame ini aku asyik berlengah sbb aku rase relax
now bile stress boleh pula buat
paling klimak...
aku bergegas nak pegi bank utk bank in duit
bukan duit aku,.....
ade beberape isu
1) cek tuh dah tak boleh pakai since 1 september...(erk)
2) duit dlm saving akaun aku ade lagi

ahaha tak cayenye...
cukuplah utk bayar utiliti di hujung bulan...
but something worse...

akaun bsn aku dah mati........aduh...dahla segala claim aku letak akaun tuh
aku still tak tau nak buat mcmane...
tapi insyaallah pasti ade penyelesaian

Sunday, September 27, 2009

my best friend

aku rasa sgt bertuah
coz today bestfrenz aku time hi-school dtg umah
dtg raye
huhuhu
mmg jarang dpt jumpe
coz die sgt bz
lame juga borak
mak die pun dtg sekali
yg menarik nye ttg kami
aku dan die jauh beza
tapi kami close n everything going fun together
her name
Norul aIDA
Thanks 4 cominG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik...klik...klik!!!!